Karnival Kelab & Persatuan

File #090515

Meriah! Itu satu perkataan yang boleh menggambarkan tentang hari Karnival Kelab & Persatuan pada hari ini 9 Mei 2015. Tahniah kepada semua pelajar yang hadir dan memberikan komitmen dan sokongan terhadap pertandingan yang dijalankan oleh kelab dan persatuan masing-masing.

Syabas kepada Unit Kokurikulum Sekolah dan guru-guru penasihat kerana berjaya melaksanakan karnival pada tahun 2015 ini yang boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat semua warga smkbelitong.

Bermula jam 7.30 pagi, pelajar berkumpul di tapak perhimpunan mendengar taklimat dari Penyelaras Kelab & Persatuan Pn Hidayah Abdul Hamid berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang pagi ini. Antara objektif yang ingin dicapai melalui karnival ini adalah;

  • Mengukuhkan semangat kekitaan, sikap bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah.
  • Memupuk minat pelajar terhadap aktiviti yang sihat dan berfaedah.
  • Menambah markah kokurikulum pelajar yang kurang bergiat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Mengurus aktiviti yang dijalankan bagi kelab dan persatuan masing-masing.

Terdapat 16 aktiviti dan pertandingan mengikut kelab dan pesatuan seperti berikut;

BIL KELAB/ PERSATUAN AKTIVITI
1. Kelab Kemahiran Hidup Membuat Lipatan Napkin
2. Kelab Koperasi dan Pengguna Sukaneka
3. Pembimbing Rakan Sebaya Explorace
4. Kelab Pencinta Alam & Kitar Semula Explorace
5. Persatuan Geografi & Sejarah Explorace
6. Persatuan Sains & Matematik Pelancaran Roket
7. Persatuan Agama Islam Azan & Kuiz
8. Kelab Kewangan & Akauntan Muda Running Man Kewangan
9. Persatuan Bahasa Inggeris Spelling Bee
10. Kelab SPBT Inovasi Buku Teks
11. Kelab Rukunegara & Kebudayaan Suara Siang
12. Kelab Pencegahan Dadah & PROSTAR Sukaneka
13. Kelab Katering & Penyajian Pertandingan Memasak
14. Kelab Kejara & Pencegahan Jenayah Kuiz & Poster
15. Kelab Komputer Excell Warrior
16. Persatuan Bahasa Melayu Syair Lagu Perindu

Semua aktiviti dan pertandingan ini dijalankan dari jam 8.30 hingga 11.00 pagi bertempat di lokasi yang ditetapkan mengikut kelab dan persatuan tersebut.

Comments are closed.