Watikah Pelantikan Pemimpin Murid

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 14 Febuari 2018, Rabu ,telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid bagi sesi 2018 bertempat di Dataran Budi SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negeri Johor, Negaraku dan lagu sekolah, kemudian bacaan doa oleh saudara Halim.

Selesai menyanyikan lagu dan membaca doa majlis diteruskan ucapan dari Pn. Hjh Mahizan binti Muhammud ,Pengetua SMK LKTP Belitong. Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan peranan dan fungsi pemimpin pelajar seperti sentiasa bergading bahu bersama guru dan membimbing pelajar supaya lebih berdisplin .

Seterusnya, Inspektor Lilian, Pegawai Perhubungan Sekolah memberi sedikit ucapan penghargaan dan merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid.

Pada jam 8.30 pagi penyerahan sijil berlangsung, dimulai dengan ketua pengawas, ahli jawatan kuasa pengawas dan ahli-ahli pengawas. Seterusnya ketua pengawas pusat sumber sekolah, ahli jawatan kuasa pengawas pusat sumber sekolah dan ahli-ahli pengawas pusat sumber sekolah. Kemudian, pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong kelas, students leader board.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.