Team Netball SMKB 2015

Laporan oleh Nur Mazlela Mazalan

Pada 14 dan 15 April 2015 SMK LKTP Belitong (SMKB) telah menghantar 2 pasukan ke Kejohanan Bola Jaring MSSD Kluang bawah 15 dan 18 tahun yang berlangsung di Stadium Tertutup Kluang. Pasukan ini diiringi oleh 4 orang guru iaitu Pn Siti Aishah Othman, Pn Nor Azzyean Nadia Abu, Pn Liza Mohd Daud dan Pn Sharifah Nur Sharnina Syed Azhar.

Pada hari pertama, seramai 12 orang pemain terlibat bagi kategori bawah 15 tahun yang diketuai oleh Sdri Nurul Ain Asnadi. Setelah undian dibuat, pasukan sekolah ini ditempatkan dalam kumpulan A bersama Sekolah Tinggi Kluang, SMK Kahang Timur, SM Arabiah Kluang, dan SMK Layang-Layang. Prestasi SMKB B15 di peringkat kumpulan ini begitu memberangsangkan apabila berjaya memenangi 3 perlawanan dan menjadi naib johan kumpulan. Maka dengan itu, SMKB B15 mara ke peringkat suku akhir bertemu SMK Sultan Abdul Jalil. Bagaimana pun nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah apabila kecundang di peringkat suku akhir tersebut.

Pada hari kedua 15 April 2015, kategori bawah 18 tahun pula dilangsungkan dengan SMKB menghantar seramai 11 orang pemain. SMKB B18 telah diundi di dalam kumpulan C bersama SMK Seri Sembrong, SMK Paloh, SMK Sultan Abdul Jalil dan SMK Dato’ Haji Hassan Yunos. SMKB B18 ini diketuai oleh Sdri Nur Mazlela Mazalan selaku kapten marvel pasukan telah memperoleh 3 kemenangan dan menjadi Naib Johan Kumpulan C. SMKB B18 meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir bertemu SMK Seri Lalang tetapi kemenangan sekali lagi berpihak pada pasukan lawan.

Kalah dan menang merupakan adat pertandingan. Apa yang penting ialah sikap bekerjasama dalam satu pasukan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan pemain-pemain Team Netball SMKB 2015 yang terlibat. Terima kasih atas segala komitmen yang ditunjukkan bagi mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah. Semoga kedua-dua pasukan ini dapat meningkatkan prestasi mereka pada tahun hadapan. Tahniah semua!

Bookmark the permalink.

Comments are closed