Santubong Juara Balapan & Padang XIX

File #020415

Santubong melakar sejarah apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Balapan & Padang XIX sekaligus menjadikan mereka Treble Winners 2015 setelah memenangi Kejohanan Merentas Desa dan Sukantara sebelum ini.

Santubong: Juara Kejohanan Balapan & Padang XIX 2015

Santubong: Juara Kejohanan Balapan & Padang XIX 2015

160 Mata | 15 Emas 14 Perak 16 Gangsa

155 Mata | 13 Emas 13 Perak 18 Gangsa

130 Mata | 12 Emas 10 Perak 13 Gangsa

Biarpun ketinggalan di tempat ke 2 dengan 95 mata berbanding Jerai 106 mata sewaktu Acara Akhir pada 24 dan 25 Februari lalu, Santubong bangkit untuk menguasai carta kejohanan apabila mengutip 193 mata dan 18 emas meninggalkan Ledang di tangga kedua dengan 160 mata dan 15 emas. Di tempat ketiga rumah Jerai 155 mata yang mengutip 13 emas dan keempat Kinabalu 130 mata dengan 12 emas.

Kejohanan kali ini bermula jam 8.15 pagi dengan ketibaan YDP PIBG En Zainal Abidin Jelani selaku tetamu kehormat kejohanan diiringi paluan kompang menuju ke stadium mini. Upacara lintas hormat pada pagi ini diketuai oleh Sdr Mohd Fitri Asmadi dari Pasukan Kadet Polis Bersatu diikuti pembaca ikrar kejohanan Sdr Mohd Yusri Rabu dari rumah Santubong. Perarakan pertama didahului oleh Pasukan-pasukan unit beruniform dan diikuti kontinjen rumah-rumah sukan. Istimewanya perbarisan kali ini menampilkan kelainan persembahan bertemakan retro 60an yang amat mencuit hati penonton dari setiap rumah sukan. Jerai sekali lagi membuktikan mereka adalah juara bagi kategori Perbarisan, Maskot dan Hiasan Rumah Terbaik.

Di dalam ucapan perasmiannya, En Zainal Abidin Jelani memanjatkan rasa syukur kerana diberi kesihatan dan masa untuk bersama dalam majlis ini. Beliau mengucapkan tahniah dan merasa begitu ceria dan gembira kerana terhibur melihat gelagat anak-anak dalam menjayakan ucapara perbarisan. Tegasnya lagi sukan merupakan satu cabang mata pencarian di masa sekarang dan yang mempunyai bakat perlu meneruskan penglibatan mereka kerana dalam FELDA ini ada jabatan sukan khusus untuk anak-anak FELDA mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Adalah diharapkan anak-anak dapat bertanding dengan semangat yang tinggi untuk menang.

Tepat jam 8.50 pagi Kejohanan Balapan & Padang XIX dirasmikan dengan bendera kejohanan dinaikkan. Ini diikuti lafaz ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen peserta kepada kejohanan ini. Tetamu kehormat bersama Pengetua dan GPK Kokurikulum kemudiannya memeriksa barisan peserta. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih Pn Roziah Tawil menyampaikan cenderamata kepada En Zainal Abidin Jelani kerana kesudian beliau hadir pada pagi ini. Semua kontinjen perbarisan bergerak keluar bagi meneruskan acara sukan.

Terdapat 24 acara dipertandingkan meliputi semua peringkat umur dalam 4 event iaitu 100M, 200M, 4x100M dan 4x400M. Keputusan mengikut susunan acara seperti berikut;

ACARA

PEMENANG RUMAH

100M

P13

1. Siti Nurul Ain Hamzah
2. Nur Hamizah Nor Aripin
3. Nur Farzana Shahrum
Santubong
Kinabalu
Kinabalu

100M

P15

1. Nurul Suhada Sodien
2. Nur Jannah Mislan
3. Saidatina Sahirah Ismail
Santubong
Ledang
Ledang

100M

P18

1. Dayang Diana Mustafa
2. Nabila Abdullah
3. Ros Anita Roslan
Ledang
Santubong
Jerai

100M

L13

1. M Fakhrul Asyraf M Nazri
2. M Aidil Musa
3. M Syukri Adnan
Jerai
Santubong
Ledang

100M

L15

1. M Akmal M Ali
2. Ahmad Zuraihan Azmi
3. M Amirul A Rahman
Kinabalu
Santubong
Santubong

100M

L18

1. Aliff Adnan
2. M Nor Hassan M Nor
3. M Shahrulnizam Sahim
Kinabalu
Santubong
Santubong

200M

P13

1. Julia Azira Abd Samad
2. Siti Nurul Ain Hamzah
3. Nurul Nabila Abd Samad
Santubong
Santubong
Santubong

200M

P15

1. Nur Intan Safera Mazlan
2. Siti Nur Aisyah M Sujangi
3. Nur Jannah Mislan
Ledang
Jerai
Ledang

200M

P18

1. Dayang Diana Mustafa
2. Nabila Abdullah
3. Nur Attiqah Zainal
Ledang
Santubong
Santubong
200M

L13

1. M Fakhrul Asyraf M Nazri
2. M Aidil Musa
3. M Syukri Adnan
Jerai
Santubong
Ledang
200M L15 1. M Akmal M Ali
2. Ahmad Zuraihan Azmi
3. M Amir Azizi M Aminin
Kinabalu
Santubong
Jerai
200M L18 1. Aliff Adnan
2. M Nor Hassan M Nor
3. M Ikhwan Hakim M Razi
Kinabalu
Santubong
Jerai
4X100M P13 1. Santubong
2. Kinabalu
3. Ledang
 
4X100M P15 1. Ledang
2. Kinabalu
3. Santubong
 
4X100M P18 1. Ledang
2. Jerai
3. Santubong
 
4X100M L13 1. Santubong
2. Jerai
3. Kinabalu
 
4X100M L15 1. Jerai
2. Ledang
3. Santubong
 
4X100M L18 1. Santubong
2. Kinabalu
3. Jerai
 
4X400M P13 1. Santubong
2. Ledang
3. Kinabalu
 
4X400M P15 1. Ledang
2. Ledang
3. Jerai
 
4X400M P18 1. Ledang
2. Santubong
3. Jerai
 
4X400M L13 1. Santubong
2. Jerai
3. Kinabalu
 
4X400M L15 1. Santubong
2. Ledang
3. Jerai
 
4X400M L18 1. Santubong
2. Kinabalu
3. Jerai
 
Bookmark the permalink.

Comments are closed