Sambutan Maulidur Rasul 1435H

Rabu 29 Januari 2014: Sambutan dimulakan dengan perarakan pelajar mengikut Pasukan Badan Beruniform yang membawa sepanduk masing-masing, diketuai oleh Tuan Pengetua En. Zainudin Jaini, diiringi selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Zamri Abdullah bersama guru dan kakitangan sekolah. Kumpulan ini berarak keluar sekolah melalui Jalan Anggerik menuju Jalan Mawar dan masuk semula ke sekolah melalui Stadium Mini. Seterusnya semua pelajar berkumpul semula di Dataran Budi sebelum masuk ke kawasan kantin bagi acara mendengar bacaan berzanji dan nasyid. Pada jam 10 pagi semua yang hadir menjamu hidangan yang telah dimasak guru-guru, kakitangan dan pelajar. Acara kemuncak pada Sambutan Maulidur Rasul 1435H ini adalah Ceramah yang bertajuk “Jom Ke Sekolah Bersama Rasullulah” yang telah disampaikan dengan begitu menarik sekali oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hilmi Jaapar dari Sek. Agama Ladang Mutiara, Kluang. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengahari.

Bookmark the permalink.

Comments are closed