Sambutan Hari Raya Korban 1435H

Buletin Saujana

OBJEKTIF

  • Mendidik warga Islam SMK LKTP Belitong supaya sanggup berkorban pada jalan Allah
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat bersatu padu dan bekerjasama antara warga sekolah
  • Melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang

FADHILAT IBADAH KORBAN

Pertama: Dapat menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim Alaihi Salam, malahan junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam juga sering melaksanakan ibadah tersebut.

Kedua: Mengambil iktibar dan pengajaran tentang erti ketaatan kepada Allah Subahanahu Wata’ala. Hal ini telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan puteranya Nabi Ismail Alaihi Salam yang sanggup berkorban dalam menjunjung perintah Allah Subahanahu Wata’ala.

Ketiga: Ibadah korban mampu mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah Subahanahu Wata’ala.

Keempat: Memupuk sikap pemedulian dan keperihatinan terhadap masyarakat. Ini jelas melalui pengagihan daging-daging kepada yang berhak menerimanya khususnya kepada para fakir miskin.

Kelima: Dapat mengikis sifat tamak, malahan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah Subahanahu Wata’ala. Harta yang dianugerahkan oleh Allah Subahanahu Wata’ala kepada kita sebenarnya bukan milik kita yang hakiki. Di dalam harta kita itu ada terselit hak-hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Dengan ibadah korban, kita mengasuh jiwa kita supaya bersifat pemurah dan menghindari sifat tamak.

Keenam: Melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subahanahu Wata’ala terhadap nikmat hidup dan rezeki yang telah dikurniakannya.

Ketujuh: Menghapuskan dosa dan mengharapkan keredhaan Allah Subahanahu Wata’ala.

Kelapan: Menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri dengan mencontohi kesabaran dan ketabahan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail Alaihi Salam.

Kesembilan: Dapat menjalinkan hubungan kasih mesra sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Kesepuluh: Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti Siratul Mustaqim di akhirat kelak.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.