Sambutan Hari Raya 1439H

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin & Nurul Syuhada Mohd Romee

Pada 12 Julai 2018, Khamis telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah bertempat di Dataran Budi SMK LKTP Belitong.  Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan bacaan al-Mathurat dan Surah Yassin. Selesai sesi bacaan itu, majlis diteruskam lagi dengan sesi bergambar kelas diadakan.

Seterusnya bacaan doa dari wakil pelajar, Muhd. Harith Najmi Bin Abdul Halim dan diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMK LKTP Belitong, dalam ucapan beliau telah menyatakan objektif majlis. Seterusnya marhaban dari tingkatan 5 dan persembahan dari tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala pelajar lain menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pada jam 10.30 pertandingan baju raya tercantik diadakan. Pada jam 10.50 penyampaian hadiah diadakan bagi semua pertandingan yang diadakan antaranya, kad hari raya paling cantik, #selfierayasmkb, #rayafamilysmkb dan caption paling menarik. Pada jam 11 majlis selesai dan para pelajar diminta pergi ke kelas untuk menjalankan pdpc sepertu biasa.

Bookmark the permalink.

Comments are closed