Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Laporan Oleh Siti Nor Khalidah Mohd Noh

Pada pagi 30 Ogos 2015 yang cerah telah diadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke 58 peringkat SMK LKTP Belitong yang diadakan dia Dataran Budi dan Mini Stadium SMK LKTP Belitong.

Majlis dimulakan apabila semua guru dan pelajar berkumpul di dataran. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, Tahlil serta Doa Merdeka yang diketuai oleh Ustaz Zamri bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan upacara Kemasyhuran Kemerdekaan dimana bendera Union Jack diturunkan dan bendera Jalur Gemilang dinaikkan.

Selesai upacara Kemasyhuran Kemerdekaan, semua guru dan pelajar berarak ke stadium sambil menyanyikan lagu patriotik. Di stadium, upacara penyerahan dokumen pemasyhuran kepada Yang Dipertuan Agong oleh Duke of Wellington, wakil Ratu Elizabeth. Dokumen itu dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj dan seterusnya laungan kemerdekaan dilaungkan sebanyak 7 kali.

Sambutan Kemerdekaan ini diteruskan lagi dengan ceramah patriotik yang disampaikan oleh En. Hairudin bin Hasran, Kaunselor di SMK Kulai Besar. Banyak input yang diberikan kepada pelajar. Upacara Perasmian Penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Sebagai simbolik Penutupan Bulan Kemerdekaan ini, 2 ekor burung telah dilepaskan oleh Tuan Pengetua, Pn Rodziah Tawil dan juga GPK Hem En. Zulkapli Ahmad.

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa persembahan. Persembahan utama dibawakan oleh Kumpulan Tari Seri Mastuli yang telah mempersembahkan tarian Dikir Bertingkah dan selepas itu persembahan nyanyian duet oleh Azamudin dan M. Fitri Asmadi dengan lagu bertajuk Zaman. Sesudah persembahan, acara penyampaian hadiah diadakan dan disampaikan oleh En. Hairudin Hasran diiringi En. Zulkapli Ahmad kepada peserta yang mengambil bahagian. Tahniah kepada semua pemenang. Acara penutup pula nyanyian lagu patriotik oleh pelajar 2 Amal. Dimulakan dengan lagu Aku Maafkan Kamu, diikuti dengan lagu patriotik, semua pelajar menyanyikan dengan penuh semangat. Acara tamat pada jam 11 pagi.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.