Public Speaking Competition

Laporan oleh Aiman Najla Muchtar

SMK LKTP Belitong telah menjadi tuan rumah untuk sebuah pertandingan “Public Speaking” bagi daerah Kluang pada 21hb April 2014. Ketibaan dan pendaftaran para peserta bermula jam 8.00 pagi dan seterusnya majlis dilangsungkan secara rasmi di Dewan Bestari tepat 8.30 pagi.

Sebanyak 19 buah sekolah yang terlibat. Seramai 23 orang peserta dari sekolah-sekolah tersebut menyertai pertandingan ini. Wakil daripada SMK LKTP Belitong ialah Siti NurHaliza Binti Samad daripada tingkatan 4 Amal.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan pengguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Selain daripada itu ia juga bertujuan melahirkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai dalam pengucapan awam. Bahasa Inggeris sangat penting sebagai bahasa pengantaraan kedua yang harus dikuasai oleh para pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

Persaingan sangat sengit kerana para peserta yang menyertai pertandingan ini hebat-hebat belaka. Setiap peserta mempunyai cara penyampaian yang tersendiri menyerlahkan kelebihan masing-masing melalui intonasi suara yang bersesuaian, kelancaran sebutan, fakta yang meyakinkan ditambah ketepatan tatabahasa yang betul. Kefasihan para peserta bertutur telah menarik perhatian para penonton sehingga majis berakhir.

Setelah para juri membuat penjurian markah, keputusan yang diperolehi ialah SM Sains Sembrong mendapat tempat pertama sementara SMK Canossian Convent mendapat tempat kedua dan SMK Tinggi Kluang mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Diharapkan lebih ramai pelajar dari SMK LKTP Belitong berminat menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan setelah memperolehi pendedahan mengenai ‘Public Speaking’ dengan menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Bookmark the permalink.

Comments are closed