Program Galakan Membaca 2014

Laporan oleh Mohamad Fahrul Azmi Osman

b2

b3

Pada 12 Januari 2014 ,PSS SMKB telah menganjurkan satu Program Galakan Membaca yang telah diadakan di Dataran Budi SMKB. Program rutin yang diadakan pada setiap tahun ini juga memberi penghargaan kepada pembaca dan pengguna PSS terbanyak sepanjang tahun 2013. Program ini dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh wakil penyelaras program iaitu En. Asrul Fadhli bin Jailani dan telah dilancarkan oleh pengetua SMKB iaitu En. Zainudin bin Jaini sekaligus menyampaikan sijil kepada penerima anugerah jauhari nilam yang telah membaca lebih daripada 288 buah buku dan cenderamata kepada pengguna PSS SMKB terbanyak. Semoga dengan adanya penghargaan seperti ini akan menarik lebih ramai lagi warga SMKB untuk mendidik diri supaya banyak membaca dan menggunakan PSS secara optimum dan berterusan. Pelajar-pelajar yang menerima Anugerah Nilam sepanjang tahun lepas adalah Nur Ain Aqilah bt Yaakob, Mohd Isa bin Mohd Yusof, Fatin Hanani Bt Jalil, Mohamad Danial Asyraf bin Sazali, Nur Fatin Amirah bt Samin dan Nur Asyura bt Abd Karim. Semoga mereka meneruskan perjuangan dan menerapkan tabiat membaca dalam diri masing-masing. Tahniah diucapkan.

Bookmark the permalink.

Comments are closed