Program Galakan Membaca 2013

Pada 4 Februari 2013, Pusat Sumber SMKB telah mengadakan Program Galakan Membaca yang bertempat di Dewan Sekolah. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat membaca di dalam kalangan pelajar. Tema program pada tahun ini adalah “Nadi Ilmu Amalan Membaca”

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis, En.Mustafa Kamal Bin Yahya. Program diteruskan lagi dengan ucapan penyelaras program, Pn.Bibi Mariam Binti Mokhtar, Guru Perpustakaan dan Media. Pn Bibi telah menerangkan banyak maklumat membaca dan menerangkan serba sedikit tentang faedah-faedah membaca. Program seterusnya disambung dengan ucapan ringkas Tuan Pengetua, En. Zainudin bin Jaini yang kemudiannya merasmikan Program Galakan Membaca tahun 2013. Seperti tahun 2012, majlis perasmian dirasmikan dengan memecahkan bongkah ais untuk mengambil Buku Rekod Bacaan Nilam tahun 2012. Program diteruskan lagi dengan penyampaian buku nilam kepada setiap guru tingkatan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Apa yang diharapkan daripada program ini adalah untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat sekarang terutamanya remaja. Tidak dilupakan juga kepada guru-guru yang banyak membantu dalam proses sebelum, semasa dan selepas program. Hanya ucapan sekalung tahniah yang mampu diberi kepada mereka-mereka yang banyak membantu khususnya para guru.

Bookmark the permalink.

Comments are closed