PROFIL


LOGO SEKOLAH

DOWNLOAD LOGO

MERAH – Melambangkan keberanian dan ketekalan dalam mencapai matlamat dan cita-cita bersama.

KUNING – Melambangkan kesetiaan kepada raja, negara, undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah.

HIJAU – Melambangkan keindahan dan keceriaan.

BIRU – Melambangkan kejujuran dan kerohanian.

BUKU YANG TERBUKA – Melambangkan peluang pendidikan dan ilmu pengetahuan yang begitu luas terbuka yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar.

JANGKA LUKIS – Melambangkan teras sistem pendidikan era kini adalah berpusat kepada teknologi moden.

BULATAN – Melambangkan kesejagatan dalam menimba ilmu pengetahuan.

EMPAT PALANG MELINTANG – Melambangkan kesejagatan iaitu empat penjuru alam yang seharusnya tidak menjadi sempadan dalam menimba ilmu pengetahuan di dunia ini.


VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


STRATEGI PELAKSANAAN

Ke arah merealisasikan VISI, kami warga SMK LKTP Belitong AKAN

  • Cemerlang dalam bidang kurikulum.
  • Cemerlang dalam bidang kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah terpuji.
  • Mewujudkan suasana kondusif di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah.
  • Mempraktikkan pengurusan kewangan yang cekap.
  • Menjalinkan persefahaman yang erat dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong adalah satu proses yang berteraskan kepada falsafah pendidikan kebangsaan, dengan asas kepercayaan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh dikembangkan dan berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Setiap guru berkewajipan untuk berusaha memberikan pendidikan yang bermutu. Keupayaan dan segala sumber yang ada akan digunakan dengan sepenuhnya dalam satu pengurusan yang berkesan serta berteraskan semangat bekerjasama.


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK LKTP Belitong dengan penuh tekad dan azam beriltizam untuk

  • Memastikan agar pelajar menerima pendidikan yang bermutu, memupuk minat belajar yang tinggi dan melahirkan insan kamil.
  • Membentuk golongan pelajar yang peka akan perubahan masa dan mewujudkan iklim sekolah yang lebih kondusif untuk kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
  • Melahirkan generasi pelajar yang harmoni, bersatu padu dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara serta memastikan wujudnya budaya penyayang.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.
  • Bersikap positif terhadap teguran membina demi mempertingkat prestasi pelajar dan pentadbiran sekolah.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan wawasan 2020.

LAGU SEKOLAH


PELAN LOKASI


PELAN LANTAI

DOWNLOAD PELAN LANTAI

Comments are closed