Petanque Angkasa Negeri Johor

Kejohanan Petanque peringkat negeri Johor telah diadakan pada 20 April 2014. Pasukan Perempuan SMKB telah berjaya melayakkan diri dalam kejohanan ini. Kejohanan ini merupakan julung-julung kalinya pasukan sekolah kita menyertainya dan sedikit sebanyak dapat menimba pengalaman yang berharga. Pasukan Perempuan SMKB (Kluang X) telah diletakkan dalam kumpulan 2 bersama-sama pasukan Batu Pahat X, Mersing Y dan Kulaijaya Z. Hasil kegigihan dan kesungguhan, mereka telah berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Namun, pasukan ini telah kecundang di pusingan kedua dengan Mersing Z. Pengalaman yang agak cetek membatasi penguasaan permainan dengan Mersing Z yang ternyata mempunyai pengalaman yang luas kerana merupakan pasukan pilihan kejohanan. Mersing Z merupakan wakil Johor pada tahun 2013.

Berikut adalah keputusan pertandingan.

KATEGORI PEREMPUAN       Kumpulan 2
Pusingan Awal
KLUANG X mn BATU PAHAT X    7 – 6
KLUANG X kk KULAIJAYA Z        2 – 11
KLUANG X kk MERSING Y            7 – 2
Pusingan Kedua
KLUANG X kk MERSING Z            1 – 7
Bookmark the permalink.

Comments are closed.