Pertandingan Sketsa

Laporan oleh Aiman Najla Muchtar

9/4/2014 Bersempena dengan Kempen Bulan Budi Bahasa, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bersama Panitia Bahasa Melayu SMK LKTP Belitong telah menganjurkan beberapa pertandingan yang mampu memberi nilai kesedaran, memupuk  nilai-nilai murni di kalangan pelajar di samping mencungkil bakat terpendam yang  mereka miliki.

Penganjuran pertandingan sketsa telah berlansung di dewan sekolah pada 9hb April 2014. Pelajar-pelajar menengah atas diwajibkan menyertai pertandingan tersebut. Penglibatan pelajar dalam aktiviti pementasan seperti ini secara tidak langsung membantu mereka mempunyai keyakinan diri mempamerkan bakat di hadapan khalayak. Disamping itu, hasil perkongsian idea yang bernas dan semangat kerjasama berpasukan yang padu akhirnya menghasilkan sebuah persembahan sketsa yang sangat menarik dan banyak pengajaran yang diperolehi oleh para penonton.

Kelas 5 Sains mempersembahkan sketsa yang bertajuk “Anak Derhaka & Anak Soleh”. Kelas 5 Amal pula mempersembahkan sketsa bertajuk “Anak Derhaka!” manakala kelas 5 Bakti memilih sketsa yang bertajuk “Kasut Kelopak Jantung”. Pelajar 5 Cemerlang melakonkan sketsa tentang “Datuk dan Cucu”dan kumpulan pelajar 5 Darma pula mementaskan bakat lakonan mereka dalam sketsa mengenai ”Budak Baru”. Pemilihan tajuk setiap sketsa adalah hasil dari adaptasi novel sastera sekolah.

Penjurian markah untuk melayakkan kemenangan dan menggondol hadiah yang disediakan merangkumi persembahan yang terbaik dan penuh bertenaga, penghayatan watak yang berkesan, sikap bekerjasama antara satu sama lain, plot cerita yang menarik dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Berdasarkan kriteria tersebut melayakkan kelas 5 Amal merangkul tempat pertama diikuti kelas 4 Amal, 5 Cemerlang dan tempat keempat ialah 5 Sains.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.