Pertandingan Kemahiran Pasukan Badan Beruniform

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 13 September 2017,rabu telah berlangsungnya pertandingan johan kemahiran peringkat sekolah . Pertandingan tersebut diadakan di SMK LKTP Belitong. Terdapat 6 jenis kemahiran yang dipertandingkan seperti Asas Ikatan dan Simpulan, Asas Pertolongan Cemas, Gubahan dan Hiasan, Kawad Statik dan Dinamik, Masakan Rimba dan Asas Menyelamat dan Memadam Api.

Bagi Kemahiran Asas Ikatan dan Simpulan, Asas Menyelamat dan Memadam Api dan Kawad Statik dan Dinamik di laksanakan di perkarangan Dataran budi. Bagi kemahiran Asas Pertolongan Cemas pula di adakan di Bengkel Jahitan. Seterusnya kemahiran Gubahan dan Hiasan diadakan di Dewan Bestari. Kemahiran Masakan Rimba pula diadakan di sekitar kawasan pertanian. Pertandingan ini dilangsungkan secara serentak pada jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 8.30 pagi.

Keputusan Pertandingan Kemahiran Pasukan Badan Beruniform 2017 seperti berikut;

Kemahiran Pemenang
Asas Pertolongan Cemas 1. BBSM
2. Kadet Polis
3. Pandu Puteri
Kawad Statik & Dinamik 1. KRS
2. Pandu Puteri
3. Pengakap Bersatu
Asas Ikatan & Simpulan 1. Kadet Bomba
2. Pengakap Bersatu
3. Kadet Polis
Masakan Rimba 1. Kadet Polis
2. Pengakap Bersatu
3. BBSM
Gubahan & Hiasan 1. Puteri Islam
2. Kadet Polis
3. Pengakap Bersatu
Asas Menyelamat & Memadam Api 1. Renjer Puteri
2. KASPA
3. Pengakap Bersatu
Bookmark the permalink.

Comments are closed