KAPA: Pertandingan Kemahiran Asas Peringkat Negeri Johor

Laporan Oleh Hidayah Abdul Hamid

Seramai 6 orang pelajar SMK LKTP Belitong terlibat untuk mewakili Daerah Kluang ke Pertandingan Kemahiran Asas Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri di UniKL (MITEC) Pasir Gudang, Johor yang telah diadakan pada 29 Mac 2015. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 iaitu Muhammad Noor Rizham Abd Razak, Mohamad Zairol Hj Apit, Ikmal Hakimi Buary, Muhammad Sazwan Husin, Muhammad Hafiz Hamdan dan Muhammad Azwan Basarail dengan diiringi oleh Pn. Hidayah Abdul Hamid dan Pn. Suraya Hanom Sabni.

Sebanyak 8 buah daerah dalam negeri Johor yang bertanding dan pertandingan ini diadili oleh anggota JPAM Negeri. Pertandingan yang dipertandingkan ialah kawad kaki, melawan kebakaran, menyelamat dan pertolongan cemas. SMK LKTP Belitong telah menghantar 1 kumpulan mewakili Kontinjen Daerah Kluang dalam Pertandingan Melawan Kebakaran. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan ini kerana tidak mendapat tempat dan hanya mendapat sijil penyertaan.

Berikut adalah rumusan kedudukan Daerah yang mendapat tempat di pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Negeri. Sekalung tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya mendapat tempat dan selamat maju jaya untuk mara ke peringkat Kebangsaan.

Pertandingan Kawad Kaki

Kedudukan Kategori Lelaki Kategori Perempuan
1. Pontian 1 Mersing
2. Segamat Sergamat
3. Pontian 2 Pontian 1

Pertandingan Pertolongan Cemas

Kedudukan Kategori Lelaki Kategori Perempuan
1. Johor Bahru Kluang
SMK Tmn Kluang Barat
2. Kluang
SMK Tmn Sri Kluang
Batu Pahat
3. Batu Pahat Johor Bahru

Pertandingan Melawan Kebakaran

Kedudukan Kategori Lelaki Kategori Perempuan
1. Batu Phat Batu Pahat
2. Johor Bahru Mersing
3. Mersing Johor Bahru

Pertandingan Menyelamat

Kedudukan Kategori Lelaki Kategori Perempuan
1. Batu Pahat Batu Pahat
2. Kluang
SMK Kahang
Mersing
3. Segamat Pontian 1

Bookmark the permalink.

Comments are closed