Pertandingan Kemahiran Asas Kadet Pertahanan Awam

JPAM

13/04/2014: Seramai 18 orang pelajar telah terlibat untuk mewakili sekolah ke Pertandingan Kemahiran Asas Kadet Pertahanan Awam yang diadakan di Pusat Latihan Jabatan Pertahanan Awam Kg. Gajah, Kluang. Pertandingan kali ini disertai oleh 10 buah sekolah yang melibatkan tiga kemahiran, iaitu Kawad Kaki berkumpulan 16 orang, Melawan Kebakaran berkumpulan 6 orang dan Menyelamat berkumpulan 6 orang yang diadili oleh kakitangan JPAM Daerah Kluang.

SMK LKTP Belitong berjaya mendapat tempat kedua bagi Kemahiran Menyelamat Kategori Lelaki yang diketuai oleh Sdr. M Sukri Shahdan dengan memperoleh Piala Perak serta sijil. Manakala bagi Kemahiran Melawan Kebakaran Kategori Lelaki yang diketuai oleh Sdr. M Noor Rizham A Razak mendapat tempat ketiga dengan Piala Gangsa dan sijil. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan juga guru pengiring Cg. Sudarma Dugal, Cg. Hidayah A Hamid, Cg. Suraya Hanom Sabni serta ketua JPAM sekolah Cg. M Adnan Samuri.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.