Perkhemahan Pemantapan Kokurikulum & Sahsiah Program Pasca PT3

Laporan oleh Nurul Saiyidah Ab Rahman

Pada 23 hingga 25 Oktober 2017, pihak sekolah telah mengadakan Perkhemahan Pemantapan Kokurikulum & Sahsiah Program Pasca PT3. Antara objektif utama program ini adalah untuk memupuk sifat positif dan membentuk disiplin diri. Hari pertama 23 Oktober selepas perhimpunan pagi, semua pelajar terlibat diberikan taklimat tentang perjalanan program oleh penyelaras program Pn. Saemah Abd Rahman dan diikuti taklimat kem komanden En. Akbal Shariff. Seterusnya pelajar dibahagikan mengikut kumpulan untuk mendirikan khemah masing-masing.

Aktiviti pertama bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengah hari, iaitu masakan rimba di mana setiap kumpulan diberikan bahan berupa telur, kentang, bawang dan tepung yang akan dimasak menggunakan teknik yang sesuai apabila berada di dalam hutan. Sebelah petangnya pula diadakan aktiviti membina gadjet menggunakan buluh dan tali, antara gadjet yang dibina adalah rak kasut, tempat letak barang dan ampaian baju. Sebelah malam pula diadakan aktiviti kebudayaan dan setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan seperti dikir barat, sketsa, pentomin, berpantun atau menyanyi.

Hari kedua 24 Oktober, aktiviti dimulakan dengan riadah pagi dan kemudiannya pada jam 8.00 hingga 10.00 pagi diadakan latihan kawad kaki yang dibimbing oleh guru penasihat KASPA. Pada jam 11.00 pula diadakan tayangan filem patriotik Darah Sateria. Sebelah petang bermula jam 2.30, sesi kedua iaitu Kem Jati Diri dikendalikan oleh ILHAMURNI Training yang mana ia lebih kepada pemantapan sahsiah diri.

Bookmark the permalink.

Comments are closed