Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2018

Laporan oleh Amisha Balqis Ami

Pada hari Khamis 28 Disember 2017, telah berlangsungnya Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2018. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada jam 8.40 pagi, ibu bapa mula memenuhi meja pendaftaran untuk mendaftar dan mengambil nombor.

Kemudian pada jam 9.00 pagi, diteruskan dengan tayangan video berkenaan SMK LKTP Belitong, diikuti bacaan doa oleh Sdr Muhammad Asnawi Mohd Jamsari. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Mahizan Muhammud, dalam ucapannya beliau telah memberi banyak input kepada semua ibu bapa untuk berdiri teguh bersama-sama pihak sekolah.

Selepas itu, pendaftaran mengikut kelas dan mengambil buku teks di bilik SPBT dan pembelian buku tulis, buku PBS, baju sukan di koperasi.


Buku Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

Bookmark the permalink.

Comments are closed.