Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat

Ahad 23 Februari 2014 : Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Tujuan program ini bagi menyokong hasrat Program Besepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan “Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat.” Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.

Objektif program;

  • Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama; Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
  • Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada.
Ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi JK 3K En. Zulkapli bin Ahmad

Ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi JK 3K En. Zulkapli bin Ahmad

Ucapan Perasmian oleh PK1 En Basir bin Ibrahim

Ucapan Perasmian oleh PK1 En Basir bin Ibrahim

En Basir bin Ibrahim merasmikan program dengan memasang simbol hati

En Basir bin Ibrahim merasmikan program dengan memasang simbol hati

Barisan AJK penggerak Program Gaya Hidup Sihat

Barisan AJK penggerak Program Gaya Hidup Sihat

Bookmark the permalink.

Comments are closed.