Pelancaran Program Galakan Membaca & Sekolah Penyayang

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 8 Januari 2017 telah diadakan Majlis Pelancaran Sekolah Penyanyang dan Kempen Jom ke Sekolah, mula berlangsung pada 7.30 pagi hingga 8.30 pagi di dataran budi. Aturcara majlis dimulakan dengan Pelancaran Program Sekolah Penyanyang. Selepas selesai pelancaran program, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Perpustakaan dan Media, Puan Fairuzi binti Rahamat, dalam ucapannya beliau menerangkan matlamat dan objektif program.

Selepas itu ucapan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zulkapli bin Ahmad. Beliau memberi ucapan yang ringkas tentang kebaikan progam ini. Selepas selesai ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian  oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Mahizan binti Muhammud.

Seterusnya penyampaian anugerah dan sijil penghargaan seperti  sijil penghargaan penyumbangan bahan bacaan, sijil penghargaan AJK PSS 2016, Anugerah Pengawas PSS berdedikasi 2016, Anugerah Pembaca terbanyak mengikut tingkatan (NILAM 2016) dan Anugerah REDEEM (peminjaman buku terbanyak) 2016. Kemudian semua pelajar dan guru menyanyikan lagu Gaya Wawasan. Selepas selesai menyanyikan lagu tersebut majlis bersurai dan pelajar pulang ke kelas masing-masing.

Buku Program Galakan Membaca & Sekolah Penyayang

Bookmark the permalink.

Comments are closed