Pelancaran Bulan Jom Jadi Sihat

Laporan oleh  Anis Izzati Mohamed Sallehudin

 

Acara simbolik menyediakan salad sebagai menu sihat menandakan bermulanya Bulan Jom Jadi Sihat 2017.

Pada 5 Mac 2017, jam 7.30 pagi, bertempat di Dataran Budi SMK LKTP Belitong telah diadakan pelancaran program Bulan Jom Jadi Sihat. Program ini dianjurkan oleh Unit 3K, Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kokurikulum Sekolah. Puan Sabariah binti Mamat selaku penasihat program telah memberi ucapan tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program Jom Jadi Sihat dan objektif program. Kemudian En. Zulkapli bin Ahmad selaku Naib Pengerusi program dan GPM HEM telah berucap mengenai kepentingan diadakan program Jom Jadi Sihat ini.

Selepas itu, Pn Hjh Mahizan selaku Pengetua SMKB bersama Pn. Aishah dan En. Asrul Fadli mewakili pihak penganjur telah melancarkan program Jom Jadi Sihat bagi tahun 2017 dengan gimik penyerahan banner Bulan Jom Jadi Sihat.

Bookmark the permalink.

Comments are closed