Pameran & Ceramah AADK

Laporan oleh Noor Farisya Amir

25/02/2014: Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, AADK Cawangan Kluang telah membuat satu pameran mini dan ceramah yang telah disampaikan oleh En. Asnizan Abu Hassan yang telah sudi berkongsi ilmu bahaya dadah terhadap diri manusia

Dadah merupakan bahan kimia sama ada asli atau tiruan apabila masuk ke badan manusia akan memberi kesan pada otak dan tubuh badan. Kategori dan jenis dadah ialah ganja, candu, opiat, ketamin, heroin dan lain-lain. Manakala ketum belum dikategorikan sebagai dadah tetapi racun.

Kesan penggunaan dadah adalah kegagalan fungsi jantung, keletihan, murung berpanjangan, resah, kecelaruan mental dan fizikal, akan mudah mendapat penyakit seperti HIV dan AIDS. Selain itu, kesan lain seperti loya dam muntah, pening, sakit kepala, dan mulut kering, dan akan menyebabkn ketagihan.

Tanda utama seseorang itu ketagih dadah seperti perubahan sikap dan kecelaruan. Seseorang itu akan menjadi nakal dan tidak taat kepada kedua orang tuanya jika ketagih. Selain itu, tanda utama seseorang itu ketagih ialah hilang selera makan, kurang berat badan, mata merah berair dan kuyu.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan agar pelajar SMK LKTP Belitong dapat mempelajari ilmu tentang dadah dan tidak terjebak dalam dadah. Hal ini demikian supaya generasi akan datang lebih ramai yang berilmu.

Bookmark the permalink.

Comments are closed