Mesyuarat Agung PIBG Ke-18 & Anugerah Kecemerlangan PMR 2013

Buletin Saujana

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-18 merupakan program rutin tahunan telah diadakan pada 9 Mac 2014. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Ghani bin Rashid, Timbalan ketua UMNO Bahagian Sembrong. Program dimulai dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Muhaizan bin Hussin yang memberikan ceramah berkenaan peranan ibu bapa ke arah kecemerlangan anak-anak. Kemudian, mesyuarat mula dijalankan dengan lancar dan mesyuarat telah memutuskan agar AJK lama dikekalkan untuk sesi 2014-2015 ini. Kedatangan perasmi pada jam 3.30 disambut dengan paluan kompang dan selawat ke atas nabi. Setelah perasmi merasmikan majlis, beliau menyampaikan cenderahati kepada semua pelajar cemerlang PMR 2013 dan cenderamata kepada semua AJK PIBG Sesi 2013-2014. Secara keseluruhannya mesyuarat ini berjaya dilaksanakan hanya kehadiran ibu bapa sahaja yang kurang memberangsangkan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini.

Penerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2013

Penerima Anugerah Kecemerlangan PMR 2013

Bookmark the permalink.

Comments are closed