Majlis Persaraan Cikgu Bibi Mariam

Laporan oleh Aiman Najla Muchtar

Majlis perpisahan yang diadakan khas untuk Pn Bibi Mariam diatas persaraan beliau sebagai guru di SMKB telah berlangsung pada 19 Jun 2014. Beliau bersara lebih awal kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang guru.

Pn Bibi Mariam Mohd Mokhtar dilahirkan pada 27 Oktober 1960 di Semerah, Batu Pahat. Beliau telah menceburi bidang perguruan selama 25 tahun. Banyak ilmu yang beliau telah curahkan kepada anak-anak muridnya.

Majlis diadakan di astaka stadium SMKB. Ketibaan beliau diiringi oleh pengetua SMKB dan paluan kompang oleh kumpulan kompang SMKB yang turut mempersembahkan persembahan kompang formasi. Sdr. Muhammad Danial Asyraf selaku ketua pelajar menyampaikan ucapan penghargaan. Kemudian, En. Mustafa Kamal membaca biodata diri Pn Bibi. Pn Bibi Mariam juga memberi ucapan terakhir di majlis perpisahannya itu.

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu Terima Kasih dan Tinggal Kenangan oleh para pengawas pusat sumber sekolah. Pn Bibi merupakan seorang guru PSS. Pn Tumiah Zakaria juga menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk “Monolog sekeping hati”. Seterusnya para guru AJK PSS menyanyikan sebuah lagu untuk beliau. Dan akhir sekali, majlis ditutup dengan nyanyian 2 buah lagu oleh Cikgu Mustafa Kamal. Acara yang terakhir ialah penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan untuk guru yang diraikan, Pn Bibi Mariam Mohd Mokhtar. Para pelajar bersalaman dengan beliau sebelum pulang.

Terlalu banyak perkara yang disumbangkan oleh beliau. Semoga beliau sentiasa diberkati Allah didunia dan akhirat.

“Kalau ada umur yang panjang, semoga kita berjumpa lagi”

Bookmark the permalink.

Comments are closed.