Majlis Perpisahan Cikgu Md Fauzi Kassim

Laporan oleh Siti Suhana Ali

Satu majlis ringkas bagi meraikan Cg. Md fauzi Kassim yang berpindah ke SMK Simpang Renggam sebagai GPK Kokurikulum telah diadakan pada 25 Oktober 2017 di Dewan Bestari. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Noraziz Ahmad diikuti dengan ucapan wakil pelajar yang disampaikan oleh Sdr. Muhd. Aiman Aspan.

Seterusnya Tuan Pengetua, Hjh. Mahizan Muhammud menyampaikan ucapan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada sekolah dan juga mengucapkan selamat maju jaya serta selamat bertugas di tempat baru kepada Cg. Md Fauzi Kassim.

Bagi melengkapkan majlis, yang diraikan Cg. Md. Fauzi Kassim menyampaikan ucapan terakhir beliau selaku guru di SMK LKTP Belitong ini. Dalam ucapannya beliau berharap perpindahan beliau ini tidak akan menjejaskan persiapan pelajar yang akan mengambil SPM nanti, harapannya semoga segala tunjuk ajar yang telah diberi dapat dipergunakan dengan sebaiknya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari wakil-wakil pelajar dan acara bersalam.

Bookmark the permalink.

Comments are closed