Majlis Perpisahan Cg. Halimaton

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 7 mei 2018, khamis telah berlansungnya majlis perpisahan Pn. Halimaton, guru bimbingan kaunseling SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 7 pagi dengan bacaan al mathurat dam yassin yang dipimpin oleh saudara adib dan fahkri. Selesai membaca al mathurat dan yassin majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang program ihya ramadhan seperti bacaan surah terbaik dan penyerahan bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Selesai menyampaikan hadiah Pn. Hjh Mahizan binti Muhammud, pengetua SMK LKTP Belitong memberikan sedikit ucapan. Beliau telah menyatakan budi dan sumbangan yang telang diberikan oleh Pn. Halimaton dalam tempoh khidmatnya di SMK LKTP Belitong selama 10 tahun. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Pn. Halimaton daripada setiap wakil kelas dan staf SMK LKTP Belitong. Selesai menyampaikan cenderamata majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pn. Halimaton. Beliau memberi sedikit ucapan sebelum berpindah ke sekolah lain, dalam ucapan beliau telah menyatakan hasrat dan amanat beliau dalam mendidik pelajar SMK LKTP Belitong. Selesai memberi ucapan para guru di minta untuk berkumpul dan beratur di luar dewan untuk mengiring Pn. Halimaton. Manakala para pelajar di minta untuk beratur dan bersalam-salaman kepada semua guru. Pada jam 9.30 majlis tamat. Para pelajar dan guru diminta untuk bersurai

Bookmark the permalink.

Comments are closed.