Majlis Khatam al Quran & Berbuka Puasa 1439H

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 21 Ramadhan 1439H bersamaan 6 Jun 2018, Rabu telah berlangsungnya Majlis Khatam al Quran & Berbuka Puasa peringkat sekolah di dewan SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 5, para pelajar diminta untuk mendaftarkan diri di kauntar pendaftaran. Pada jam 5.45 majlis di teruskan lagi dengan bacaan doa dari saudara abdul halim bin ahmad . selesai membaca doa, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran oleh johan pertandingan MTQ peringkat negeri, Farah zahirah. Seterusnya perserta khatam al-quran masuk ke dewan dan di ketuai oleh En. Azhar bin Rezali.

Pada jam 6.45 majlis khatam tamat dan deteruskan lagi dengan ucapan dari Pn. Hjh Mahizan binti muhammud, pengetua SMK LKTP Belitong, dalam ucapan beliau telah mengatakan hasrat dan impian beliau dalam bidang akedemik dan mendoakan semua warga SMK LKTP Belitong diberi kejayaan di dunia dan akhirat. Pada jam 7.13 semua pelajar dan guru berbuka puasa.

Pada jam 7.15 semua pelajar dan guru diminta untuk pergi ke surau untuk menunaikam solat maghrib. Pada jam 7.30 solat maghrib selesai dan semua pelajar dan guru menikmati makanan. Selesai makan, sesi bergambar mengikut tingkatan diadalan.Pada jam 8.30 semua pelajar dan guru diminta pergi ke surau sekali lagi untuk menunai kan solat isyak dan solat sunat tarawih. Pada jam 9.30 majlis tamat dan semua pelajar dan guru diminta bersurai

Bookmark the permalink.

Comments are closed