Latihan Kecemasan Kebakaran

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

12 April 2017: Latihan kebakaran ini bermulakan dengan satu bunyi loceng yang panjang memberitahu kebakaran sedang berlaku. Semua pelajar keluar dan beratur, kemudian pelajar-pelajar dan guru-guru bergerak dengan pantas ke tapak perhimpunan kecemasan iaitu di Stadium Mini SMK LKTP Belitong. Kemudian Cg. Adnan selaku guru pertahanan awam menyuruh ketua tingkatan mengira bilangan pelajar.

Selepas selesai semua pelajar diminta untuk ke tapak perhimpunan untuk aktiviti seterusnya yang dikendalikan oleh Pihak Balai Bomba Renggam. Aktiviti pertama adalah demotrasi tentang cara mengedali kebakaran yang berpunca dari kebocoran gas. Aktiviti kedua, demontrasi cara memadamkan api kebakaran yang disertai juga oleh wakil pelajar lelaki dan perempuan.

Bookmark the permalink.

Comments are closed