Larian Merdeka

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

LARIAN MERDEKA SEMPENA PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017 Pada 14 September 2017, jam 7.15 pagi telah berlangsungnya acara Larian Merdeka bertempat di Stadium Mini SMK LKTP Belitong. Bermula  7.15 pagi, para pelajar dan guru-guru berkumpul di Stadium Mini dan melakukan sesi memanaskan badan dan regangan. Acara dimulakan pada jam 7.30 bagi kategori ibu bapa dan guru, kemudian pelajar lelaki dan perempuan bermula larian pada jam 7.40 pagi.

Acara larian tamat lebih kurang pada jam 8.00 pagi. Selepas selesai acara Larian Merdeka, majlis diteruskan dengan Acara Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Tahun 2017. Majlis dimulakan dengan persembahan dari pelajar kelas 4 MST, seterusnya penyampaian hadiah bagi acara Larian Merdeka.

Selepas itu majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari pelajar 4 MSI. Seterusnya, para pelajar dan guru sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu patriotik, kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan hari kemerdekaan seperti pertandingan mewarna , pertandingan melukis, pertandingan kelas patriotik dan wefie kemerdekaan. Selepas selesai penyampaian hadiah majlis diteruskan dengan ucapan Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017 oleh Pn. Hjh. Mahizan Muhammud, Pengetua SMK LKTP Belitong.

Majlis diakhiri dengan persembahan koir dari pelajar 2 Amal dan 2 Bakti diikuti nyanyian lagu Negaraku. Majlis tamat pada jam 10.00 pagi dan para pelajar kembali ke kelas masing-masing untuk meneruskan proses pembelajaran seperti biasa.

Bookmark the permalink.

Comments are closed