Kem PBB 2018

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin & Nurul Syuhada Mohd Romee

KHAMIS 5 JULAI 2018

9.00 pagi

Peserta kem berkumpul di SMK LKTP Belitong dengan jumlah peserta seramai 87 orang. Bergerak ke Berhulu Camp Latihan dan Taman Rekreasi Jempol, Kampung Kenangan Serting Ulu, Hutan Lipur Serting pada jam 10.15 pagi.

3.00 petang (peserta sampai)

Bermula dengan pembentangan tentang undang-undang dan peraturan semasa di Berhulu Camp dan disampaikan oleh kem komander.

5.30 petang

Selesai memberi maklumat peserta diminta untuk membina kumpulan sendiri.Terbentuknya empat kumpulan antaranya, Alfa, Gucy, Nobe dan Beta. Selepas  selesai membentuk kumpulan para peserta diminta untuk membina nama kumpulan serta membuat sorakan dan lagu kumpulan.

6.30 petang

Peserta membersihkan diri, makan malam, solat maghrib, bacaan yaasin dan sentuhan nasihat.

10.30 malam

Para peserta berkumpul dan mendengar taklimat sebelum memulakan aktiviti jalan malam. Selesai memberi taklimat, para peserta memulakan aktiviti.

2.00 pagi

Para pelajar pulang ke khemah masing-masing untuk merehatkan diri.

JUMAAT 6 JULAI 2018

5.00 pagi

Para peserta bangun untuk membersihkan diri, solat subuh berjemaah dan sentuhan nasihat.

7.15 pagi

Para peserta diminta untuk berkumpul di dataran bagi memulakan riadah. Pegawai Berhulu Camp mengetuai aktiviti senaman pada pagi itu.

8.15 pagi

Peserta bersarapan pagi sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya pada pagi itu.

9.00 pagi

Para peserta berkumpul untuk memulakan aktiviti kembara hutan bersama-sama. Mereka dibawa masuk kedalam hutan untuk mempelajari dan melihat pokok- pokok yang terdapat di dalam hutan . mereka jugak dibawa ke puncak gunung untuk melihat alam semulajadi di sana.

12.00 tengah hari

Para peserta membersihkan diri dan bersiap untuk menunaikan solat jumaat bagi peserta lelaki. Manakala peserta diberi peluang untuk berehat di kemah masing-masing dan solat secara berjemaah.

2.30 petang

Kesemua peserta berkumpul bagi menjalankan aktiviti seterusnya iaitu rentas halangan berlumpur. Para peserta mestilah masuk ke dalam kolam lumpur dan melepasi kesemua halangan yang terdapat katak dan lintah di dalamnya.

5.00 petang

Para peserta beralih kepada aktiviti rakit berteam dan water confident. Pesrta diminta untuk memakai life jacket supaya tiada kejadian malang yang akan berlaku semasa melakukan aktiviti air. Kesemua peserta mestilah mencuba kedua-dua aktiviti yang menarik ini.

19.15 petang

Makan malam.

19.30 petang

Para peserta bersiap sedia untuk solat dan program sentuhan nasihat.

21.45 malam

Para peserta telah bersiap sedia untuk mempersembahkan persembahan yang telah dirancang dan dibincangkan sesama mereka. Kesemua peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan bekerjasama untuk menjayakan persembahan yang mereka lakukan dengan bersungguh-sungguh.

 11.30 malam

Tamat aktiviti untuk hari kedua dan para peserta pulang ke khemah masing-masing untuk merehatkan diri dan tidur.

SABTU 7 JULAI 2018

5.00 pagi

Para peserta bangun untuk membersihkan diri, solat subuh berjemaah dan sentuhan nasihat.

7.15 pagi

Para peserta diminta untuk berkumpul di dataran bagi memulakan riadah. Pegawai Berhulu Camp mengetuai aktiviti senaman pada pagi itu.

8.15 pagi

Peserta bersarapan pagi sebelum memulakan aktiviti yang seterusnya pada pagi itu.

8.00 pagi

Para peserta membersihkan diri, mengemas barang-barang sebelum pulang ke rumah. Mereka juga bersama-sama menurunkan khemah dan melipat khemah.

10.30 pagi

Semua peserta dan guru SMK LKTP Belitong serta pegawai Berhulu Camp berkumpul di dewan untuk majlis penutup. Pegawai Berhulu Camp memberi sepatah dua kata. Dalam ucapan beliau, beliau berpesan agar pelajar-pelajar SMK LKTP Belitong menggunakan dan memanfaatkan ilmu-ilmu yang dipelajari semasa di Berhulu Camp selama 3 hari 2 malam. Terima kasih kepada pihak Berhulu Camp kerana sudi menyambut kehadiran warga SMK LKTP Belitong. Terima kasih juga kepada guru-guru yang suid mengendalikan para pelajar dari awal bismillah sehinggan penutup kem tersebut. Alhamdulillah program Kem Bersepadu PBB 2018 berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai Berhulu Camp dan para peserta.

12.00 tengah hari

Peserta kem makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke sekolah dengan menaiki bas.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.