Kem Kepimpinan & Jati Diri

Laporan oleh Aiman Najla Muchtar

Alhamdulillah, pada 12 hingga 13 Mac 2015 telah berlangsung Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar dengan jayanya di SMK LKTP Belitong. Kem ini adalah dibawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling, Lembaga Pengawas Sekolah, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Disiplin. Objektif Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar ini ialah untuk melahirkan para pemimpin pelajar yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang.

12.03.2015

Semasa sesi pendaftaran, peserta dibekalkan dengan fail dan tag. Penyelaras Kem telah menerangkan serba sedikit tentang aktiviti yang bakal dilakukan. Seterusnya, sesi Ice Breaking bersama para fasilitator yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Para pemimpin pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan. Nama kumpulan dipilih daripada “superhero” seperti Ben10 dan sebagainya. Selepas solat asar, pelbagai aktiviti team building dilakukan bersama fasilitator. Daripada “game” yang dimainkan, sebenarnya dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan masing-masing. Pada waktu malam pula, para pemimpin pelajar mendengar ceramah tentang kepimpinan oleh Tn Hj Mohd Kamal Bin Ahmad Untong, PK Pentadbiran SMK Taman Kluang Barat.

13.03.2015

Kesemua peserta kem bersiap seawal jam 4.00 pagi untuk melakukan Qiamulail dan solat subuh bersama-sama para fasilitator. Selepas itu, aktiviti senamrobik di stadium yang diketuai oleh Sir Mustafa Kamal. Seterusnya, En Rosmi telah dijemput untuk berkongsi ilmu bersama peserta kem tentang cara pengelolaan majlis kerana beliau sangat arif dalam bidang ini. Banyak perkara yang diperolehi daripadanya. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan ceramah “Gejala Sosial dalam kalangan remaja” yang disampaikan oleh En, Mohd Azan b, Mohd Noor, Guru Bimbingan Kaunseling Cemerlang, SMK Sri Lalang.

Pada 11.30 pagi kesemua aktiviti telah selesai dijalankan. Aktiviti terakhir ialah ikrar peserta. Sdr Abdullah Ahmad selaku Ketua Pengawas dan penolongnya Sdri. Nor Aniza Sahidek mengetuai bacaan ikrar tersebut. Seterusnya, Sdr. Muhd Ashrul Jamsari telah memimpin bacaan doa bagi memberkati Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh En. Zulkapli Ahmad. Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar tamat pada jam 12.30 tegahari. Sesi bergambar diadakan sebagai kenangan bersama para mahasiswa UNITEN.

Kumpulan sasaran bagi program ini terdiri daripada 60 orang Pengawas Sekolah, 47 Pengawas Pusat Sumber, 38 Ketua & Penolong Ketua Tingkatan dan 65 orang pelajar Kem Jati Diri dengan matlamat untuk;

  • Memberi pendedahan yang terancang ke arah pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri, nilai murni, perkembangan potensi dan sifat kepimpinan bagi melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan berketerampilan.
  • Meningkatkan kesedaran dan penghayatan pelajar terhadap tanggungjawab dan peranan sebagai anak, ahli    keluarga, pelajar dan  anggota masyarakat.
  • Memupuk daya ketahanan yang tinggi dari segi emosi, mental dan spiritual agar tidak mudah dipengaruhi oleh anasir kurang sihat.
  • Menanamkan sifat kerohanian yang tinggi dan menyemai budi pekerti yang mulia dalam diri peserta.
MASA  AKTIVITI – KHAMIS 12 MAC 2015
KEM KEPIMPINAN PELAJAR KEM JATI DIRI
1415 Pendaftaran 
1430 Taklimat Penyelaras & Kem Komandan 
1500 Agihan penginapan 
1530 Ice Breaking Bersama Fasilitator Mahasiswa UNITEN 
1615 Solat Asar berjemaah, minum petang 
1645 Team Building Bersama Mahasiswa UNITEN Bebaskan Diri Dari Dadah: Satu Perkongsian. Penceramah: En Nursalam Bin Abdullah
1815 Kemas diri dan makan malam 
1900 Solat Maghrib berjamaah & kuliah maghrib/ moral & Solat Isyak 
2040 Ceramah Kepimpinan.
Penceramah: Tn. Hj Mohd Kamal Bin Ahmad Untong PK Pentadbiran SMK Tmn Kluang Barat
LDK Bersama Fasilitator Mahasiswa UNITEN
2200 Refleksi & Muhasabah diri 
2245 Minum malam dan Golden Dreams 
MASA AKTIVITI – JUMAAT 13 MAC 20
KEM KEPIMPINAN PELAJAR KEM JATI DIRI
0400 Kemas diri  
0430  Qiamullail  
0545  Solat Subuh, Bacaan Al Mathurat & Tazikirah Subuh  
0700  Senamrobik  
0800  Sarapan pagi & Kemas barang  
0815  Ceramah: Pengelolaan Majlis Rasmi  LDK Bersama Fasilitator Mahasiswa UNITEN 
0900  Ceramah: Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja. Penceramah: En. Mohd Azan bin Mohd Noor Guru Bimbingan & Kaunseling Cemerlang SMK Sri Lalang
1100 Penilaian Program
1130 Majlis Penutupan Rasmi
1230 Bersurai

.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.