Kem Kecemerlangan SPM Mata Pelajaran Kritikal

Laporan oleh Alya Nuruzzati Annuar & Nurfarzana Shahrum

Pada hari Khamis bersamaan 28 September 2017 yang lalu, SMK LKTP BELITONG telah mengadakan Kem Kecemerlangan SPM – Mata Pelajaran Kritikal di sekolah. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam . Kem ini juga disertai oleh pelajar tingkatan 5MST dan 5MSI seramai 41 orang pelajar dan guru mata pelajaran subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Ekonomi Asas, Dan Prinsip Perakaunan.

Pada waktu pagi hari Khamis, semua peserta kem telah mendaftarkan diri mereka dengan guru kelas berserta bayaran sebanyak RM10 dan menyerahkan surat kebenaran. Kemudian, pada jam 1.30 tengah hari, makanan tengah hari dan taklimat keselamatan diberikan oleh guru disiplin. Pada jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang, bengkel Matematik Tambahan telah dijalankan dengan bimbingan guru Matematik iaitu Puan Hjh. Roslinda bt. Abd Kadir dan dibantu pelajar tingkatan 4MST. Seterusnya, pelajar diberikan minum petang dan sesi riadah diadakan. Pada jam 6.45 petang, pelajar diarahkan untuk makan malam dan solat. Pada jam 8.00 sehingga 11.00 malam, bengkel Matematik Tambahan diteruskan. Pada jam 11.00 malam, pelajar ke kantin untuk santapan dan seterusnya masa tidur.

Pada hari Jumaat, peserta kem bangun seawal 5.00 pagi untuk siapkan diri dan solat subuh. Seterusnya, pelajar ke stadium untuk melakukan aktiviti jogging dan senamrobik serta sarapan . Pada jam 8.00 hingga 11.00 pagi, bengkel Matematik Tambahan diadakan oleh penceramah guru cemerlang daripada sekolah luar. Seterusnya, pada jam 12.30 tengah hari, pelajar lelaki pergi ke masjid untuk solat jumaat manakala pelajar perempuan ke surau untuk solat zohor. Pada jam 2.30 – 5.00 petang bengkel Prinsip Perakaunan dijalankan dan bersambung selama 3 jam pada waktu malam.

Pada hari ketiga, bengkel Ekonomi Asas telah dijalankan selama 5 jam yang dikendalikan oleh Encik Asrul Fadhli bin Yailani melibatkan pelajar kelas 5MST. Selepas itu, pelajar diarahkan untuk mengemas tempat penginapan dan pada jam 1.00 tengah hari, pelajar ke kantin untuk makan tengah hari dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bookmark the permalink.

Comments are closed