Kem Bersepadu PBB 2017

Laporan oleh Nur Farzana Shahrum, Siti Nurul Ain Hamzah & Hanis Nabila Mespan

KHAMIS 6 JULAI 2017

7.00 pagi

Peserta kem berkumpul di SMK LKTP Belitong dengan jumlah peserta seramai 81 orang. Bergerak ke Kem Nasuha PLKN Pagoh pada jam 7:30 .

10:25 pagi (peserta sampai)

Bermula dengan pembentangan tentang undung-undung dan peraturan semasa di kem oleh staf sarjan Rasyid bin Ajan. Telefon bimbit dikutip.

10:45 pagi

Sesi sesuai perkenalan dan tentang keselamatan oleh Laftenan komander bersara Zaharuddin bin Arshad. Sesi pembahagian kumpulan oleh Norr Sarafiza binti Ismail dan timbal iaitu Cikgu Izzati, Cikgu Mazlida, Cikgu Siti Aishah, Cikgu Adi, Cikgu Sani dan Cikgu Taufiq. Pembahagian kumpulan yang terbahagi kepada 4 kumpulan seterusnya perbincangan nama kumpulan yang bertemakan perpaduan.

2:30 petang

Peserta berkumpul di dewan kuliah untuk perbincangan pembinaan karakter dan melakukan aktiviti bola “S“ mengikut wira dan wirawati yang dikendalikan oleh Cikgu Aishah. Cikgu Mazlida memperkenalkan permainan “saya betul dan pandangan saya” dalam berkumpulan. Seterusnya, Cikgu Eza memperkenalkan permainan tabik kapten yang memerlukan kepantasan dalam satu kumpulan. Kaedah pendengaran aktif melibatkan hubungan mata dan postur badan aktif yang ditunjuk ajar oleh Cikgu Taufiq. Cikgu Adha menceriakan keadaan dengan memainkan permainan kamil kata. Seterusnya, ucapan daripada Cikgu Nurul tentang ‘’terima kasih‘’ untuk belajar menghargai diri.

4:00 petang

Peserta berehat dan solat.

5:30 petang

Peserta memulakan aktiviti riadah di dataran kawad.

6:30 petang

Peserta bergerak ke dorm untuk membersihkan diri. Selepas menunaikan solat maghrib, aktiviti bacaan Yasin dan tahlil diadakan.

9:00 malam

Peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam.

9:30 malam

Peserta berkumpul di dewan kuliah untuk memulakan aktiviti pertama dengan aktiviti mengenai Malaysia oleh Cikgu Sani. Cikgu Adha mengendalikan aktiviti membeli belah dengan wang yang berbentuk token dan diberi kepada peserta dengan nilai yang berbeza. Aktiviti ini dapat menguji kepantasan dan kesabaran mencari nilai wang yang mencukupi mengikut harga barang yang diminta. Moral daripada aktiviti membeli belah ialah jangan pandang rendah pada kehidupan orang lain seperti nilai mata wang yang berbeza rendah dan tinggi. Selain lain, perlu ada nilai murni bekerjasama antara satu sama lain. Cikgu Diana memberi penerangan tentang ‘’Apa itu Negara?‘’ dan memberi tugasan kepada peserta untuk mencipta Negara dalam kumpulan. Peserta dibekalkan kertas A4 dengan

11:00 malam

Peserta pulang ke dorm masing-masing untuk tidur dan beristirahat.

JUMAAT 7 JULAI 2017

5.00 pagi

Para peserta bangun dan membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh .

6.30 pagi

Para peserta diminta berkumpul di dataran kuliah selepas selesai solat subuh. Jurulatih meminta ketua wira dan wirawati untuk mengendalikan pelajar membuat barisan. Selepas itu, jurulatih memulakan aktiviti bersama peserta. Antara aktiviti yang dilakukan adalah asas senaman. Asas senaman ini adalah untuk menguatkan kekuatan otot dan senaman ini boleh menggunakan dumbel sebagai pemberat.

7.00 pagi

Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan kucing dan tikus . Permainan  ini dimainkan dengan membuat bulatan dan melantik seseorang untuk berlari dan mencuit siapa-siapa untuk mengejarnya. Permainan ini berlangsung selama 10 minit. Permainan ini adalah untuk menguji kepantasan berlari dan penggunaan minda yang cekap serta menumpukan perhatian. Selepas itu, aktiviti senaman pagi berakhir dengan penyejukan badan.

7.30 pagi

Pelajar diminta bergerak ke dewan makan untuk sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

8.20 pagi

Pelajar berkumpul semula ke dataran kawad untuk diberi taklimat seterusnya. Selepas jurulatih memberi taklimat, pelajar diminta bergerak ke kembara halangan.

8.45 pagi

Setelah beberapa minit berjalan, wira dan jurulatih lelaki telah sampai di kembara halangan . Dalam beberapa minit, wirawati telah sampai juga. Jurulatih memberi taklimat sekali lagi bagaimana cara untuk melakukan aktiviti ini. Sebelum melakukan aktiviti tersebut pelajar diminta memanaskan badan terlebih dahulu.

9.00 pagi

Antara aktiviti yang ditunjukkan oleh jurulatih adalah

  • Titi gantung
  • Halangan tembok 6 kaki
  • Balancling Walk
  • Monkey Rack
  • Tarzen Swing
  • Tunnel
  • Wive Gretting
  • Halangan tembok 12 kaki

10.30 Pagi

Peserta diberi sedikit kuih muih untuk makan pagi yang disediakan oleh pihak berkenaan. Seterusnya, peserta diminta bergerak ke kawasan aktiviti seterusnya.

10.45 pagi

Peserta telah sampai ke tempat aktiviti yang mana permainan yang menguji akal dan kepantasan serta strategi yang perlu ada dalam kumpulan. Peserta lelaki dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan lelaki pertama bermula dari All on Board manakala kumpulan lelaki kedua bermula dari pulau beracun. Antara permainan yang dijalankan adalah

  • Tunnel Etation
  • Pulau Beracun
  • All on Board
  • Had in One

11.30 pagi

Peserta diminta ke dewan makan untuk makan tengah hari.

12.10 tengah hari

Diminta bersiap untuk solat zohor dan rehat sebentar.

2.45 petang

Peserta bergerak ke dataran kawad dan berkumpul pada jam 3 petang.

3.05 petang

Peserta bergerak ke hutan dan berkumpul . Taklimat dari jurulatih diberi iaitu mengenali apa yang harus dimakan di dalam hutan. Antara contohnya ialah

  1. Pokok kayu putih
  2. Pokok gaharu
  3. Pokok mengkudu
  4. Keladi kemoyang
  5. Pokok kayu manis
  6. Rempah masakan tentera
  7. Buah asam gelugur (asam keping)
  8. Daun seleduk kampung

Pelbagai daun dan kayu yang terdapat di dalam hutan . Daun dan kayu ini boleh dijadikan herba dan ubat. Dalam konteks ini , peserta dapat mengenali dan mempelajari serba sedikit pokok-pokok di dalam hutan. Kayu paku pakis hutan pula boleh dijadikan atau dibuat tali apabila dijemur. Jurulatih menunjukkan bagaimana cara menghidupkan api dengan menggunakan kayu gaharu dan rumput atau sabut kelapa.

4.00 petang

Peserta bergerak ke laman ikhtiar hidup. Taklimat diberi oleh Cikgu Adnan. Taklimat pengenalan masakan rimba. Sumber makanan yang dibekalkan apabila berada di dalam hutan ialah sardin, telur, garam, bawang, Maggie, dan lain lain lagi.  Nasi boleh dimasak dalam beberapa cara iaitu dengan cara memasukkan beras di dalam kelapa , botol ,dan buluh. Untuk memasak telur boleh direbus di dalam batang pisang . Selepas itu, jurulatih menanyakan beberapa soalan tentang cara-cara masakan rimba kepada para peserta. Pelajar dibenarkan untuk menjamah makanan rimba yang siap dimasak oleh jurulatih .

5.00 petang

Pelajar bergerak ke dewan kuliah untuk memulangkan kerusi dan bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar.

5.30 petang

Aktiviti riadah dikendalikan oleh Cikgu Ramdan. Aktiviti yang bersiar-siar di sekitar Ladang Nasuha melalui bukit yang tegak. Satu cabaran yang dilakukan oleh peserta. Walaupun penat melanda tetapi mereka tetap ceria dan enjoy beriadah.

6.30 petang

Peserta diminta ke dewan makan untuk makan malam selepas beriadah.

7.00 malam

Peserta pulang ke dorm masing-masing untuk bersiap mandi dan menunaikan solat maghrib sekali gus solat isyak di surau.

9.00 malam

Peserta berkumpul di Dewan Kuliah. Cikgu Adi memberi penerangan tentang perjalanan explorace yang akan dilakukan . Antara bentuk check pointnya ialah;

  • Kancil berdiri

Menguji ketahanan fizikal, kekuatan otott badan, dan kerjasama dalam pasukan. Pasukan haruslah mencipta strategi tersendiri yang padat dan kukuh untuk berdiri dengan keadaan kaki tegak.

  • Mata helang

Menguji ketajaman mata melihat barang yang ditunjukkan dan menguji ingatan untuk menghafal barang yang ditunjukkan dalam masa 1 minit.

  • Bulat air kerana pembetung

Mengisi air dalam botol menggunakan anggota badan dalam masa yang pantas. Menguji kepantasan dan strategi untuk menghabiskan tugas.

  • Permaidani impian

Memerlukan strategi dan kerjasama dari semua ahli untuk menyelesaikan tugasan mencapai impian walau banyak halangan tetapi tetap Berjaya diakhiri. Explorace ini membuat peserta mempunyai semangat yang kuat dan kecekalan dalam mengharunginya. Keceriaan di wajah peserta menunjukkan mereka sangat teruja dalam aktiviti ini.

Berkumpul di dewan kuliah untuk menyampaikan maklumat kumpulan manakah yang menang serta peserta dijamu sedikit minum malam. Peserta pulang ke dorm masing-masing untuk berehat.

8 JULAI 2017 (SABTU)

5.30 pagi

Peserta bersiap siap untuk menunaikan solat subuh.

6.30 pagi

Aktiviti senamrobik dijalankan . Aktiviti senggang dan tidak merunsingkan peserta.

7.30 pagi

Peserta bergerak ke dewan makan untuk sarapan pagi.

8.10 pagi

Peserta dibenarkan pulang ke dorm untuk mengemas barang-barang dan dibawa keluar segala beg dan diletakkan di tempat yang berkenaan.

9.00 pagi

Semua peserta dan guru SMK Belitong serta jurulatih PLKN berkumpul di dewan kuliah untuk majlis penutup. Cikgu Hafiz memulakan majlis dengan menjemput Leftenan Komander bersara Tuan Zaharuddin bin Arshad untuk memberi sepatah dua kata. Dalam ucapan beliau, beliau berpesan agar pelajar SMK Belitong membawa ilmu yang dipelajari untuk membawa pulang ke rumah dan tidak melupakannya. Beliau juga mengalu alukan pelajar untuk menyertai kem PLKN selama 3 bulan selepas SPM. Akhir kata darinya adalah ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir&Batin. Selepas itu, ucapan dari tuan pengetua iaitu Puan Mahizan binti Muhamud. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada jurulatih PLKN kerana sudi menyambut kehadiran warga SMK Belitong.

Terima kasih juga kepada guru-guru yang sudi mengendalikan pelajar dari awal bismillah sehingga penutup kem tersebut. Alhamdulillah program Kem Bersepadu PBB 2017 ini berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama sama guru , jurulatih PLKN, dan peserta.

10.30 pagi

Peserta kem menaiki bas dan bergerak pulang ke sekolah.

 

Bookmark the permalink.

Comments are closed