Kejohanan Olahraga MMXVIII

Laporan oleh Nurul Saiyidah Ab Rahman

Pada 1 Mac 2018, Khamis, Kejohanan Olahraga Kali ke-22 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB En. R. Vidyananthan ADUN Kahang. Sebelum acara bermula, acara perbarisan yang disertai oleh semua kontijen unit beruniform dan rumah sukan membuka tirai persembahan. Setiap kontijen dinilai dan pemenang terpilih menerima hadiah semasa sesi penutup kejohanan.

Senarai acara yang dipertandingkan seperti berikut:

No. Acara Acara Kategori
401 100 meter P15
402 100 meter P18
403 100 meter L15
404 100 meter L18
405 200 meter P15
406 200 meter P18
407 200 meter L15
408 200 meter L18
409 4 x 100 meter P15
410 4 x 100 meter P18
411 4 x 100 meter L15
412 4 x 100 meter L18
413 4 x 400 meter P15
414 4 x 400 meter P18
415 4 x 400 meter L15
416 4 x 400 meter L18
 

Cuaca yang cerah memastikan kejohanan berlangsung dengan jayanya. Acara tarik tali juga dipertandingkan yang dimenangi oleh rumah Kinabalu. Sementara acara sampingan bagi guru dan kakitangan adalah acara merejam lembing. Kejohanan ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Johan keseluruhan dimenangi rumah Santubong diikuti naib johan rumah Kinabalu, tempat ke-3 rumah Ledang dan ke-4 rumah Jerai.

Kalah menang merupakan adat bertanding dalam apa-apa kejohanan sekalipun, semangat kesukanan yang tinggi amat diperlukan. Kekalahan bukan bererti gagal sebaliknya langkah untuk berjaya. Diharapkan supaya kualiti kejohanan olahraga ini akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang.

Kedudukan Mata Rumah Sukan

RUMAH L15 P15 L18 P18 MATA
SANTUBONG 44 66 56 99 265
KINABALU 70 43 42 58 213
LEDANG 43 60 67 40 210
JERAI 57 45 49 17 168

Keputusan Penuh Kejohanan Olahraga 2018

Bookmark the permalink.

Comments are closed.