Kejohanan Merentas Desa 2018

Laporan oleh Nurul Saiyidah Ab Rahman

 

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun 2018 telah diadakan pada hari Khamis 18 Januari bermula jam 7.30 hingga 11.00 pagi bertempat di Stadium Mini SMKB.

Pelajar berkumpul mengikut rumah sukan dan melakukan aktiviti regangan yang diketuai oleh Pasukan Olahraga Sekolah sebelum memulakan larian merentas desa.

Bermula jam 8.00 pagi pelajar dilepaskan mengikut kategori dimulai dengan Perempuan Bawah 13 tahun diakhiri dengan kategori Lelaki Bawah 18 tahun. Semua pelajar kembali semula ke perkarangan stadium lebih kurang jam 9.45 pagi. Pelajar diberi rehat sebelum berkumpul semula pada jam 10.30 bagi acara penyampaian hadiah.


 

Buku Program Kejohanan Merentas Desa 2018

Bookmark the permalink.

Comments are closed