Kejohanan Merentas Desa 2013

Laporan oleh Nurul Zaimah Binti Zakariya

Pada hari Isnin 21 Januari 2013, pihak sekolah telah menganjurkan satu kejohanan merentas desa. Kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam sukan serta melahirkan pelajar yang cergas. Selain itu, dapat memberi peluang kepada pelajar yang berbakat untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa MSSD 2013 yang diadakan pada hari Rabu 23 Januari 2013. Pada jam 7.30 pagi , kejohanan dimulakan dengan melepaskan semua pelajar perempuan dahulu dan diikuti dengan semua pelajar lelaki. Pada tahun ini, peserta lelaki dan perempuan diberi laluan yang sama berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jarak yang perlu dilalui oleh semua peserta ialah kira-kira 6 km. Setelah semua peserta selesai menamatkan larian peserta diminta berkumpul di stadium mini bagi memulakan acara pengalungan pingat. Acara tersebut dirasmikan oleh Encik Zainudin bin Jaini, pengetua SMKB. Kejohanan berakhir pada jam 10 pagi.

Berikut adalah senarai Keputusan Kejohanan Merentas Desa 2013 :

Johan : LEDANG

Naib Johan : SANTUBONG

Johan P13 : Nur Halimah bt Mahari (Kinabalu)

Johan L13 : Mohd Rizal bin Misran (Santubong)

Johan P15 : Nur Intan Safira bt Mazlan (Ledang)

Johan L15 : Mohd Izham bin Hassan Basri (Santubong)

Johan P18 : Nurul Amira Najwa bt Suandi (Santubong)

Johan L18 : Mohd Sahrul Fitri bin Idris (Santubong)

Tahniah kepada yang berjaya. Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.