Kejohanan Balapan & Padang 2017

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Perbarisan membawa masuk bendera Kejohanan Balapan & Padang.

Selasa, 4 April 2017,bertempat di stadium mini SMK LKTP Belitong telah diadakan Kejohanan Balapan & Padang kali ke 21. Pada jam 8 pagi tetamu jemputan tiba dan kemudian majlis dimulakan dengan acara perbarisan daripada Pasukan Unit Beruniform dan diikuti oleh rumah-rumah sukan yang bertanding.

Tetamu jemputan Datuk Abd Ghani Abd Rashid, Timbalan Ketua UMNO Sembrong menyampaikan ucapan perasmian kejohanan.

Setiap perbarisan rumah sukan di minta untuk membuat persembahan yang bertemakan Kesultanan Melayu. Selepas selesai semua persembahan, Datuk Abd Ghani Abd Rashid, timbalan ketua UMNO Sembrong memberikan ucapan tentang persembahan yang telah di persembahkan oleh semua rumah sukan seperti pengajaran yang terdapat dalam persembahan tersebut contohnya, dalam persembahan yang telah di tonjolkan oleh pasukan rumah sukan Ledang iaitu puteri Gunung Ledang yang menolak pinangan putera dengan cara yang bijaksana dan baik. Seterusnya beliau merasmikan Kejohanan Balapan & Padang SMK LKTP Belitong Kali ke-21.

Rumah Kinabalu.

Rumah Ledang, Johan Persembahan Perbarisan Rumah Sukan.

Rumah Jerai.

Kejohanan dimulakan dengan acara larian 100M (L/P), 200M (L/P) sebelum berhenti rehat pada jam 11.00 pagi. Pada jam 11.20 kejohanan bersambung dengan acara larian berganti-ganti 4x100M(L/P) dan 4x400M (L/P). Acara terakhir adalah acara tarik tali yang dimenangi oleh rumah Jerai.

Rumah Jerai, Johan Tarik Tali.

Selepas itu sesi penyampaian hadiah mengikut kategori. Pemenang bagi peserta lelaki terbaik ialah Sdr. Muhd. Aidil dari rumah Santubong, manakala bagi peserta perempuan ialah Sdri. Aleya Najiha juga dari rumah Santubong. Hiasan rumah terbaik dimenangi oleh rumah Jerai manakala persembahan perbarisan rumah sukan terbaik jatuh kepada rumah Ledang. Kategori perbarisan Pasukan Unit Beruniform dimenangi oleh Pasukan Kadet Polis.

Kedudukan Pingat & Mata Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-21.

Rumah Santubong, Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-21.

Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-21 dimenangi oleh rumah Santubong. Selepas selesai semua pelajar diminta mengambil gambar mengikut rumah sukan masing-masing. Majlis bersurai.

 

Bookmark the permalink.

Comments are closed