Karnival Kokurikulum & Koperasi, Dialog Prestasi Akademik dan Hari Puteri Islam Peringkat Daerah Kluang 2017

Laporan oleh Nurul Syuhada Mohd Romee

Pada 12 Julai 2017, di SMK LKTP Belitong telah diadakan Karnival Kokurikulum & Koperasi, Dialog Prestasi Akademik dan Hari Puteri Islam Peringkat Daerah Tahun 2017.

Semua kelab dan persatuan terlibat dalam Karnival Kokurikulum dan Koperasi. Pengagihan gerai pula telah dilakukan seminggu sebelum hari tersebut. Karnival ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan menyediakan pelbagai barangan untuk diniagakan. Pelbagai makanan turut dijual pada hari tersebut seperti sate, burger, roti dan lain-lain lagi. Aktiviti sampingan semasa karnival itu adalah seperti sukaneka, nyanyian dan sebagainya. Karnival ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 2.00 petang. Berikut senarai aktiviti Karnival Kokurikulum & Koperasi;

BIL KELAB/ PERSATUAN /UNIT BERUNIFORM AKTIVITI
1 Kelab Katering & Kemahiran Hidup – Gerai 6 Air, Aiskrim, Mi Kari, Roti Canai
2 Kelab Rukun Negara & Kebudayaan – Astaka Karaoke, Photoshoot
3 Kelab Komputer – Makmal Komputer Tayangan Filem & Kafe Siber
4 Kelab Koperasi & Pengguna – Gerai 4 Roti, Buah Potong, Meat Ball
5 Lembaga Pengawas – Gerai 1 Burger, Air
6 Kelab Kewangan & Akauntan Muda – Gerai 2 Makanan Ringan, Air
7 Kelab Kerjaya Rojak Buah, Mee Kaw Kaw
8 Kelab Pencinta Alam – Gerai 8 Rojak Tauhu, Wedges, Air Jagung
9 Kelab Geografi & Sejarah – Gerai 5 Burger
10 Bulan Sabit Merah Malaysia – Gerai 3 Air, Mushroom, Keropok Lekor
11 Persatuan Bahasa – Gerai 9 Mee Hoon Sup Tulang, Nasi Dagang, Nasi Kerabu
12 Pusat Sumber Sekolah – Gerai 7 Susu Segar, Air Limau Asam Boi, Float Ice, Western Food
13 Jabatan Sains & Matematik – Kantin Karnival STEM
14 Unit Bimbingan & Kaunseling – Kantin Pameran Kembara Kerjaya & Agensi Awam
15 Azlin’s Beuty – Bilik Pengurusan Kokurikulum Urutan Kaki, Pedicure, Manicure, Inai Tangan
16 PDK Permata Hati (Bukit Tongkat) – Bilik Pendidikan Khas Urutan Kaki
17 Brother Coffee – Gerai 10
18 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika – Surau Al Falah (9.30 – 12.00AM)

Seterusnya, Dialog Prestasi Akademik juga telah diadakan pada hari itu. Seluruh warga pelajar, guru dan ibu bapa juga turut terlibat. Ia bertempat di kelas masing-masing. Ibu bapa mula hadir seawal jam 9.00 pagi untuk membincangkan tentang prestasi pembelajaran anak-anak mereka bersama-sama guru kelas.

Akhir sekali, persatuan badan beruniform Puteri Islam dari sekolah rendah dan sekolah menengah turut hadir bagi menghadiri dan memeriahkan lagi Hari Puteri Islam Peringkat Daerah Tahun 2017 di sini. Banyak aktiviti yang dipertandingkan seperti alunan selawat, busana muslimah, pualaman, seni khat nasakh dan sebagainya. Acara ini tamat kira-kira jam 2.00 petang. Ketiga-tiga majlis yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Majlis bersurai.

Bookmark the permalink.

Comments are closed