Jom Ke Sekolah & Sekolah Penyayang

File #2501151

Pelaksanaan Budaya Sekolah penyayang adalah bertujuan agar semua warga sekolah mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. En. Zulkapli Ahmad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ketika melancarkan program ini berharap semua pelajar dapat mengawal diri dan mengikut arahan guru apabila berada di dalam kawasan sekolah. Beliau juga menegaskan bahawa peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2015 yang disasarkan adalah 95% bagi mencapai target yang ditetapkan di peringkat PPD. Oleh itu, diharapkan semua pelajar supaya peka dengan tanggungjawab untuk hadir ke sekolah setiap hari seterusnya dapat melancarkan proses P&P demi kebaikan bersama.

Tujuan Program

  •  Membebaskan sekolah daripada masalah ponteng
  •  Memupuk sikap sayangi sekolah dan hadir ke sekolah dalam diri pelajar.
  •  Mengelak berlakunya masalah gejala sosial sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah.
  •  Menyedarkan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan baru.
  •  Meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah bila hadir ke sekolah.

Objektif

  •  Menjiwai amalan penyayang dalam kalangan guru dan murid.
  •  Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  •  Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  •  Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.