Johan Sepak Takraw MSSD Kluang

File #100215

Pada 9 & 10 Februari 2015 SMK LKTP Belitong telah menghantar 2 regu dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kluang bertempat di SMK Paloh. Regu B telah terkandas di peringkat kumpulan manakala Regu A menjadi johan kumpulan B dan memasuki peringkat suku akhir pada hari kedua.

Dalam peringkat suku akhir tersebut Regu SMKBELITONG A telah menewaskan SMKPALOH A dan mara ke peringkat separuh akhir bertemu SMKTAB A. Sekali lagi regu SMKBELITONG A berjaya membuat persembahan yang menyakinkan untuk mengecewakan regu SMKTAB A untuk menempah slot ke peringkat akhir. Berbekalkan semangat dan inspirasi yang diberikan oleh Ustaz Zamri bin Abdullah dan Tuan Haji Sare’at bin Darwan selaku Jurulatih dan guru pengiring, regu SMKBELITONG A berjaya menjadi Johan dengan menyingkirkan SMK KAHANG B dalam perlawanan akhir. Tahniah diucapkan kepada team sepak takraw 2015.

Jadual Perlawanan Regu SMKBELITONG A dari peringkat suku akhir hingga ke peringkat akhir

Regu SMKBELITONG A berbaju merah sewaktu perasmian penutup Kejohanan Sepak Takraw MSSD Kluang 2015

Bookmark the permalink.

Comments are closed.