Hari Keputusan SPM 2016

Laporan oleh Siti Nurul Ain Hamzah

Pelajar Cemerlang SPM 2016 bersama Pentadbir Sekolah

Majlis ini melibatkan para pelajar SPM tahun 2016 yang diadakan di dewan SMK Belitong dan berlangsung pada 16 Mac 2017. Majlis ini dikendalikan oleh pengacara majlis sekolah iaitu Cikgu Mustafa Kamal bin Yahya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Fahkri bin Abdul Hakim. Seterusnya ialah   ucapan pengetua sekolah iaitu Puan Mahizan bin Muhammud berkaitan dengan gred dan purata pencapaian keseluruhan yang berjaya diperoleh oleh pelajar spm 2016. Kemudian, tiba lah masa yang ditunggu oleh semua hadirin iaitu pengumuman keputusan SPM terbaik.

Pencapaian tertinggi yang dihasilkan oleh pelajar SPM 2016 ialah memperoleh 6A iaitu Nur Mashitah binti Isa. Terdapat dua pelajar yang mendapat 5A iaitu Nur Suhaila binti Mazlan dan Nur Ain Aiman binti Zainal Abidin. Sekalung tahniah buat semua pelajar kerana berjaya melepasi detik yang paling digeruni oleh semua orang yang bergelar pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada pelajar yang memperoleh keputusan terbaik PT3 2016 seramai 6 orang. Semua pelajar SPM 2016 mengambil keputusan mereka mengikut kelas masing–masing.  Majlis bersurai pada jam 12:30 tengahari.

Bookmark the permalink.

Comments are closed