Hari Guru 2018

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 16 Mei 2018 telah berlansungnya majlis sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2018 bertempat di Stadium Mini SMK LKTP Belitong. Majlis bermula pada jam 8 pagi dengan para pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah mengiring guru masuk ke stadium dan memberikan cenderamata. Pada jam 8.30 pagi majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Pn. Hjh. Mahizan, pengetua SMK LKTP Belitong. Beliau memberi ucapan perasmian dan mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru SMK LKTP Belitong. Kemudian En. Basir , guru penolong kanan pentadbiran memberi sedikit ucapan. Selesai memberi ucapan, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu kami guru malaysia oleh para guru. Seterusnya, persembahan dari pelajar iaitu koir tingkatan 3, sajak dan zapin dari kumpulan seri masthuli. Selesai membuat persembahan para pelajar dan guru di minta untuk rehat. Para pelajar rehat di surau dan kantin, manakala para guru di bilik mesyuarat. Pada jam 10.30 majlis dimulakan sekali lagi. Majlis dimulakan dengan upacara sukanneka yang dipimpin oleh para pengawas pusat sumber sekolah. Antara sukanneka yang diadakan ialah radio rosak, humming challenge, pijak belon, kamil kata, musang berjanggut dan lepaskan diri. Acara sukanneka ini telah disertai oleh setiap guru yang terpilih. Selesai acara sukanneka, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukanneka. Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan memasak antara kelab yang di wakili oleh pelajar. Pada jam 1 tengah hari majlis tamat dan semua pelajar diminta bersurai.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.