Hari Diskusi Akademik

Laporan oleh Asrul Fadhli Yailani

Hari Diskusi Akademik juga dikenali sebagai Hari Terbuka & Penetapan Target SMK LKTP Belitong telah dilaksanakan pada hari Rabu 25 Januari 2017. Tidak dapat dinafikan komitmen padu ibu bapa dan guru merupakan antara faktor penyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Salah satu wadah terbaik untuk ibu bapa dan guru bergabung tenaga bagi mengenal pasti kelemahan dan potensi pelajar adalah melalui perbincangan bersemuka. Adalah diharapkan melalui komunikasi 2 hala ini juga akan meningkatkan lagi kerjasama sekolah dan ibu bapa seperti yang digariskan dalam anjakan ke-9 Transformasi Sistem dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Gambar Hari Diskusi Akademik

Matlamat Hari Diskusi Akademik ini adalah untuk “Melahirkan pelajar yang memiliki impian dan keazaman untuk mencipta kecemerlangan tersohor.” Objektif program ini antaranya;

  1. Ibu bapa dan guru dapat berbincang secara bersemuka mengenai kelemahan dan potensi pelajar serta berupaya mencari alternatif terbaik untuk mengatasi kelemahan pelajar.
  2. Meningkatkan kerjasama di antara sekolah dan ibu bapa selaras dengan aspirasi.
  3. Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah ini dalam setiap peperiksaan.

Taklimat Program Bintang

Hari Diskusi Akademik terbahagi kepada 2 sesi, di sebelah pagi pada jam 9.00 diadakan Taklimat Program Bintang yang terdiri dari pelajar terpilih tingkatan 3, 4 dan 5. Sesi taklimat berkenaan program ini telah disampaikan oleh PK1 En. Basir Ibrahim kepada ibu bapa yang hadir. Manakala Hari Terbuka dan Penetapan Target bagi tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bermula pada jam 11.00 pagi. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa yang melebihi 65% seperti disasarkan. Semoga dengan adanya program seperti ini ibu bapa dapat memantau perkembangan pelajaran anak-anak seterusnya mencapai target yang dikehendaki.

Bookmark the permalink.

Comments are closed