Hari Anugerah Q

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

 

Pada hari Isnin 30 Oktober 2017, telah berlangsungnya Hari Anugerah Q yang diadakan di Stadium Mini SMK LKTP Belitong bermula pada jam 11.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noraziz Ahmad. Seterusnya ucapan alu-aluan dari tetamu jemputan Tn. Hj. Saadon bin Jonit, Pengurus Felda Ulu Belitong yang mengulas tentang prestasi dan kualiti individu itu harus dimantapkan bermula dari sekolah lagi yang mana anak-anak mestilah sentiasa menetapkan matlamat atau pencapaian yang dikehendaki.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari pengetua SMK LKTP Belitong, Pn. Hjh Mahizan binti Muhammud, beliau telah mengatakan tentang pencapaian dan matlamat sekolah dalam bidang Akademik, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid yang disasarkan bagi tahun 2017 ini. Selepas selesai sesi ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan sebuah persembahan “Tarian Dikir Barat” dari Kumpulan Tari Seri Mastuli bersama pelajar 4MD.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bidang HEM seperti Anugerah Kehadiran Penuh, Sijil Penghargaan kepada Ketua dan Penolong Tingkatan, Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5. Ini diikuti penyampaian hadiah bidang Kurikulum bagi Pelajar Terbaik Percubaan PT3 dan SPM, Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Percubaan PT3 dan SPM. Seterusnya penyampaian hadiah bidang Kokurikulum seperti Pengurusan Terbaik PBB dan Kelab Persatuan, Anugerah Pelajar Berkualiti dan Anugerah Tokoh Sukan. Dan diikuti dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru terpilih serta penyampaian Anugerah Khas kepada pelajar dan guru.

Majlis diakhiri dengan persembahan “Hala Timur” dari Kumpulan Tari Seri Mastuli bersama pelajar 4MD. Majlis bersurai.

Bookmark the permalink.

Comments are closed