Hari Antidadah 2018

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada 25 Februari 2018, Ahad, jam 7.30 pagi bertempat di dataran budi SMK LKTP Belitong, telah berlangsungnya program Hari Antidadah Kebangsaan 2018. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, dan lagu sekolah. Selepas selesai menyanyikan lagu tersebut program diteruskan  dengan ucapan Puan Hjh. Mahizan binti Muhamud, pengetua SMK LKTP Belitong. Dalam ucapan beliau telah menerangkan matlamat dan objektif program seperti memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan bahaya penagihan dadah. Selain itu beliau juga merasmikan program anti dadah peringkat sekolah. Seterusnya, para guru dan pelajar menyanyikan lagu dadah durjana. Kemudian, program di teruskan lagi dengan gimik pelancaran iaitu persembahan dari pelajar. Selepas selesai, para pelajar diminta berikrar untuk menjauhi dadah yang di ketuai oleh Sdr. Muhd. Asnawi bin Jamsari, ketua pelajar SMK LKTP Belitong. Majlis bersurai pada jam 8.30 pagi.


Buku Program Pendidikan Pencegahan Dadah & Jenayah

Bookmark the permalink.

Comments are closed