Ceramah Anti Dadah

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

12 April 2017 Rabu, jam 8 pagi,bertempat di Dewan Bestari SMK LKTP Belitong telah diadakan Ceramah Anti Dadah peringkat sekolah. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Kluang Inspektor Mohd. Firdaus bin Mohd Diah. Dalam ceramah ini, pelajar didedahkan tentang kesan pengambilan dadah seperti mendapat penyakit HIV.

Selain itu, diterangkan juga bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan untuk penagih dadah. Juga diterangkan mengenai jenis-jenis dadah yang ada seperti heroin, morfin, syabu dan sebagainya. Satu tayangan video tentang kesan pengambilan dadah secara berlebihan juga dipertontonkan sebagai satu ingatan kepada semua pelajar agar menjauhi dadah.

Bookmark the permalink.

Comments are closed