Ceramah Alam Sekitar

Laporan oleh Anis Izzati Mohamed Sallehudin

Pada hari Rabu 2 Mac 2017 jam 10.50 pagi telah diadakan Ceramah Alam Sekitar yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) iaitu En. Mohd. Fauzi bin Samad yang bertempat di Dewan Bestari SMK LKTP Belitong. Beliau telah menerangkan tentang fungsi JAS seperti melaksanakan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai alam sekitar. Selain itu, beliau telah menerangkan maksud, jenis-jenis, punca dan kesan pencemaran. Selepas selesai memberi maklumat yang sangat penting, beliau telah mengadakan kuiz untuk semua pelajar.

Selain itu pihak JAS juga menyediakan pameran mini tentang pencemaran dan alam sekitar. Para pelajar SMKB juga digalakkan untuk mengisi borang bagi menjadi ahli Rakan Alam Sekitar. Dengan adanya program seperti ini, adalah diharapkan pelajar SMKB mendapat input yang berguna berkenaan alam sekitar dan boleh menjadi orang yang peka tentang pencemaran alam sekitar serta menggunakan semula semua input tersebut dalam pembelajaran. Cintailah Alam Sekitar!

Bookmark the permalink.

Comments are closed