Annual Dinner KEBIRUS

File #271014

Majlis yang diadakan di Dewan Bestari ini merupakan aktiviti Kelab Bilik Guru & Staff (KEBIRUS) yang terakhir bagi tahun 2014, merangkumi tiga aktiviti iaitu Jamuan Akhir Tahun KEBIRUS, Majlis Meraikan Encik Sudarma bin Dugal yang bakal bersara pada 29 November 2014 & Perpindahan Puan Rozita binti Othman ke SMK Bandar T6, serta Majlis Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013.

Bermula pada jam 8.45 malam, pengacara majlis Encik Asrul Fadhi bin Yailani mengalu-alukan kehadiran semua guru dan kakitangan dan diikuti bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Zamri bin Abdullah. Puan Rozita binti Dahlan selaku Naib Pengerusi KEBIRUS dalam ucapannya menyatakan majlis malam ini dijalankan serentak dan diawalkan memandangkan ramai guru yang terlibat menjadi pengawas peperiksaan SPM yang sedang berlangsung. Pihak KEBIRUS juga memohon ampun dan maaf di atas segala kelemahan dalam mengendalikan acara KEBIRUS sepanjang tahun 2014 ini.

Puan Pengetua, Puan Roziah binti Tawil mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana bersatu hati dalam melaksanakan aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah. Beliau juga berterima kasih tidak terhingga kepada Encik Sudarma bin Dugal atas semua sumbangan dalam hal-hal menguruskan murid-murid, dan pasti akan terasa akan kehilangannya, semoga Encik Sudarma bin Dugal sudi untuk menjengah ke sekolah ini selepas bersara nanti.

Majlis seterusnya menjemput Encik Sudarma bin Dugal memberikan ucapan, beliau bersyukur kerana dapat berkhidmat sehingga hari ini dan amat berharap dapat meneruskan khidmatnya kepada sekolah dan masyarakat sehingga akhir hayat. Harapan beliau semoga segala yang telah dilakukannya mendapat keredhaan Allah SWT.

Sekalung tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013, semoga terus mengekalkan tahap kecemerlangan sepanjang masa. Penerima APC 2013 ialah;

  • Encik Sudarma bin Dugal
  • Puan Hajah Roslinda binti Abdul Kadir
  • Puan Norlela binti Mijan
  • Puan Jamaliah binti Nasrin
  • Puan Bibi Mariam binti Mohd Mokhtar (bersara awal)

Acara majlis diserikan dengan persembahan Tarian Overture: Jawa dan Tarian Asli: Serunai Malam oleh Kumpulan Tari Selumbar Emas SMK LKTP Belitong sambil semua guru dan kakitangan menjamu hidangan yang disediakan. Guru-guru dan kakitangan bertukar-tukar hadiah sebagai tanda kenangan sebelum majlis bersurai sekitar jam 10.30 malam.

Bookmark the permalink.

Comments are closed